Arsenal vs PSG menjadi pertemuan tumpuan utama pada separuh akhir UCL kali ini.
Dua pasukan yang masih mengejar gelaran Liga Juara-Juara pertama mereka, akan bertemu dalam perlawanan separuh akhir pertama di Emirates.
Arsenal mara ke separuh akhir selepas menewaskan Real Madrid dengan agregat 5-1, manakala PSG mengatasi Aston Villa dalam suku akhir beberapa minggu lalu.
Apa kata pengurus menjelang aksi Arsenal vs PSG
Mikel Arteta menyeru semua penyokong Arsenal ‘bermain’ bersama mereka menentang PSG di Emirates.
“Saya beritahu penyokong: bawa but dan jersi anda, kita main bersama-sama. Kami mahu cipta sesuatu yang luar biasa di Emirates. Ini peluang yang jarang berlaku – ramai di kelab tak pernah sampai sejauh ini.
“Kami mahu mara lebih jauh, mahu jadikan sejarah ini realiti. Keyakinan datang dari kemenangan ke atas Real Madrid dan PSG sebelum ini.
“Bila sampai ke tahap ini, yang bezakan pasukan hanyalah sikap dan semangat. Jika kami percaya dan berikan tenaga itu, kita boleh menang,” tegas beliau.
Sementara itu Luis Enrique pula lebih bertumpu kepada sikap toksik media Perancis ke atas PSG.
Menurutnya di Perancis, media mereka lebih suka dengan cerita kekalahan PSG berbanding dengan perkara yang elok tentang kelab itu.
Enrique berkata: “Tiada siapa pun [media Perancis] yang menggariskan tentang gol dan perlawanan yang kami menangi. Dan mereka lebih suka bercakap tentang kekalahan kami [pada aksi kedua di Villa Park].
“[Wartawan seolah olah berkata], ayuh kita fokus kepada kekalahan mereka’, tidak mengapalah,” tegas pengendali asal Sepanyol itu.
Prestasi
Arsenal tidak tewas dalam 12 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan, dengan 6 kemenangan dan 6 seri.
PSG menunjukkan prestasi cemerlang dengan menewaskan Liverpool dan Aston Villa dalam peringkat kalah mati, namun mengalami kekalahan 3-2 kepada Aston Villa dalam perlawanan kedua suku akhir.
Perkembangan pasukan
Arsenal:
Beberapa pemain utama seperti Martin Ødegaard (buku lali), Mikel Merino (bahu), Oleksandr Zinchenko (betis), Kieran Tierney (hamstring), dan Takehiro Tomiyasu (lutut) tidak dapat diturunkan.
Ben White diragui kesediaannya akibat kecederaan lutut.
PSG:
Beberapa pemain seperti Goncalo Ramos (buku lali), Lucas Hernandez (lutut), Presnel Kimpembe (Achilles), Marco Asensio (otot), dan Desire Doue (buku lali) tidak dapat diturunkan.
Penjaga gol utama Gianluigi Donnarumma diragui kesediaannya akibat kecederaan paha.
Jadi siapakah anda rasa akan menang aksi pertama Arsenal vs PSG awal pagi esok?