Arsenal lebih bagus daripada PSG, dan juga dianggap pasukan terbaik dalam UCL musim ini, menurut pengurus Gunners, Mikel Arteta.

Sebelum perlawanan Arteta mendakwa Arsenal sepatutnya sudah memiliki 2 kejuaraan EPL dengan membandingkan jumlah mata dikutip Liverpool untuk menjadi juara EPL jauh lebih rendah daripada apa yang dicapai Arsenal dalam dua musim sebelum ini.

‘Kami Ada 2 Kejuaraan EPL’ – Mikel Arteta

Arteta tak dapat terima kekalahan

Mikel Arteta yang penuh emosi mendakwa Arsenal tidak sepatutnya tewas menentang Paris Saint-Germain kerana mereka pasukan lebih baik. Arteta malah melabel Arsenal sebagai pasukan terbaik di UCL musim ini.

Ketika pemain pemain Arsenal menangisi penyingkiran yang menyakitkan dalam UCL. Arteta pula tidak berpuas hati Arsenal tersingkir di tangan pasukan PSG yang menurutnya bergantung kepada penjaga gol mereka untuk mara.

Ia mengesahkan satu lagi musim tanpa trofi untuk kelab London utara itu, melanjutkan perjalanan tandus Arteta kepada lima tahun tanpa trofi major selepas dia membantu kelab itu menjuarai Piala FA 2020, ketika itu dia menyambung tugasan Unai Emery.

Arteta
Kredit Foto: REUTERS/Dylan Martinez TPX IMAGES OF THE DAY

Ketinggalan 1-0 daripada aksi separuh akhir pertama minggu lalu, Arsenal memerlukan misi menyelamat, tetapi ketinggalan menerusi jaringan menakjubkan Fabian Ruiz pada babak pertama sebelum Achraf Hakimi menjaringkan gol pada minit ke-72.

David Raya menyelamatkan sepakan penalti Vitinha dan Bukayo Saka menjaringkan gol lewat untuk memberi harapan samar kepada Arsenal.

Tetapi ia tidak mencukupi apabila Parisian melakar kemenangan dengan agregat 3-1 — diketuai oleh kepahlawanan penjaga gol Gianluigi Donnarumma, yang melakukan beberapa siri penyelamatan cemerlang.

Arsenal lebih bagus dan terbaik

Arteta berkata Arsenal lebih bagus daripada mana mana pasukan di UCL musim ini. Dia menegaskan: “Seratus peratus tidak ada pasukan yang lebih baik (daripada Arsenal) dalam pertandingan ini, daripada apa yang saya lihat, tetapi kami tersingkir.

“Apabila anda menganalisis kedua-dua perlawanan, siapa yang menjadi pemain terbaik, MVP, ia adalah pemain yang sama – penjaga gol. Jadi anda pun tahu [mereka terpaksa bergantung kepada penjaga gol untuk menyekat Arsenal].

“Dan Liga Juara-Juara ditentukan di dalam kotak tersebut dan ianya membantu mereka memenangi perlawanan. Sebab, jelas hari ini selepas 20 minit dan apa yang berlaku di London, keputusannya sepatutnya sangat berbeza [sepatutnya Arsenal yang menang].

“Jadi saya boleh mengambil banyak perkara positif dan saya sangat berbangga dengan pasukan saya. Tetapi pada masa yang sama saya sangat kecewa, sangat marah sebab kami tidak berjaya melakukannya.

Arsenal Lebih Bagus Daripada PSG Dan Pasukan Terbaik Di UCL Musim Ini, Kata Arteta
Soccer Football – Champions League – Semi Final – First Leg – Arsenal v Paris Saint Germain – Emirates Stadium, London, Britain – April 29, 2025 Arsenal manager Mikel Arteta REUTERS/Dylan Martinez

“Hari ini saya melihat betapa mereka mahukannya itulah sebab mereka menangis.’

Mengenai sama ada pasukan terbaik tewas, dia menambah pasukan Arsenal lebih bagus daripada PSG. Malah Arteta mendakwa kejurulatihan PSG di tepi padang memberitahunya bahawa Arsenal lebih bagus daripada lawan mereka itu.

Arteta berkata: “Saya fikir begitu, ya. Terutama sepanjang 180 minit. Saya berkata begitu dan mereka (bangku simpanan PSG) berkata demikian kerana mereka baru sahaja memberitahu saya perkara itu.”

arsenal lebih bagus

“Pemain Arsenal berhak mendapat banyak pujian untuk apa yang mereka lakukan dalam konteks situasi dan jumlah kecederaan, mungkin keadaan paling teruk untuk pasukan yang boleh tiba sampai ke sini sebagai satu pasukan.

“Untuk datang ke sini dengan konteks yang berbeza dan masih berjaya melakukannya, ia memberi saya banyak perkara positif untuk masa depan tetapi malam ini saya sangat kecewa,” tambah Arteta yang percaya Arsenal lebih bagus daripada PSG dan mana mana pasukan di UCL musim ini.

PSG, yang kini telah menyingkirkan tiga pasukan Liga Perdana dalam fasa kalah mati pertandingan ini, akan menentang Inter Milan dalam perlawanan akhir Munich pada 31 Mei.