Pengurus Arsenal, Mikel Arteta percaya bahawa pasukannya mempunyai ‘sumber yang banyak’ untuk menjuarai UEFA Champions League (UCL) 2024/25 menjelang aksi pusingan 16 bertemu PSV, awal pagi esok.

Keyakinan itu disuarakan Arteta selepas beliau melihat anak buahnya tampil lebih konsisten dalam saingan UCL berbanding English Premier League (EPL).

Baca Juga:

Dalam saingan liga, satu kekalahan dan satu keputusan seri pada dua aksi terakhir menyebabkan peluang Arsenal untuk mencabar Liverpool kelihatan tampak sukar untuk direalisasikan.

Hal ini kerana meskipun masih berkelebihan satu perlawanan berbanding pendahulu liga itu, The Gunners ketika ini sedang ketinggalan 13 mata.

Arteta
Soccer Football – Premier League – Nottingham Forest v Arsenal – The City Ground, Nottingham, Britain – February 26, 2025 Arsenal’s Martin Odegaard and manager Mikel Arteta look dejected after the match Action Images via Reuters/Lee Smith EDITORIAL USE ONLY. NO USE WITH UNAUTHORIZED AUDIO, VIDEO, DATA, FIXTURE LISTS, CLUB/LEAGUE LOGOS OR ‘LIVE’ SERVICES. ONLINE IN-MATCH USE LIMITED TO 120 IMAGES, NO VIDEO EMULATION. NO USE IN BETTING, GAMES OR SINGLE CLUB/LEAGUE/PLAYER PUBLICATIONS. PLEASE CONTACT YOUR ACCOUNT REPRESENTATIVE FOR FURTHER DETAILS..

Keyakinan Mikel Arteta

“Kita tidak boleh mengubahnya, kita perlu belajar daripadanya dan bawa pengajaran itu ke perlawanan seterusnya. Banyak perkara yang telah kita pelajari musim ini dalam UCL tentang diri kita.”

“Kita telah bermain dengan cara yang sangat berbeza di tempat sendiri dan di tempat lawan tahun lepas, terutamanya di Eropah,” ujar Arteta menurut sumber laporan Goal.

“Tahun ini, kita telah menjadi lebih konsisten. Kita telah menjaringkan banyak gol dan hampir tidak membenarkan sebarang gol.”

Arteta
Soccer Football – Premier League – Arsenal v West Ham United – Emirates Stadium, London, Britain – February 22, 2025 Arsenal’s Mikel Merino in action with West Ham United’s Mohammed Kudus as Arsenal manager Mikel Arteta looks on REUTERS/Tony O Brien

“Kita hanya dibolosi tiga gol dan mempunyai ‘Expected Goals’ yang terendah dalam pertandingan ini yang sangat hebat. Itu adalah platform yang besar.”

“Kita mempunyai sumber-sumber itu, itulah yang telah dilakukan oleh pasukan. Sekarang kita perlu terus melakukannya.”

“Apabila anda melihat pasukan-pasukan yang sangat berjaya, rekod pertahanan adalah kritikal. Kemudian kita telah menunjukkan keupayaan untuk menjaringkan banyak gol dalam pertandingan ini.”

“Sekarang pasukan ini berbeza, tetapi pasukan ini masih mempunyai banyak sumber untuk melakukannya [menjuarai UCL musim ini].”