Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menggesa anak buahnya supaya melakukan sesuatu yang lebih istimewa untuk menundukkan Paris Saint-Germain (PSG) di gelanggang lawan pada minggu hadapan.
Arsenal yang menyimpan hajat besar untuk merangkul kejuaraan UEFA Champions League (UCL) 2024/25 tewas 0-1 pada aksi separuh akhir pertama awal pagi tadi yang berlangsung di Emirates Stadium hasil jaringan tunggal Ousmane Dembele.
Baca Juga:
- UCL 2024/25: Gol Awal Dembele Jadi Pemisah, PSG Atasi Arsenal 1-0
- Previu Arsenal vs PSG: Enrique Kecewa Media Perancis Lebih Suka PSG Kalah
- Gaji Masih Tertunggak: Peguam Mbappe Tuntut UEFA ‘Haramkan’ PSG Sertai UCL 2025/26
The Gunners mencipta banyak peluang untuk menyamakan kedudukan tetapi penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma begitu cemerlang dalam mengawal gawangnya daripada dibolosi.

Arsenal tidak pernah memenangi kejohanan paling berprestij di Eropah itu dan satu-satunya penampilan mereka di perlawanan akhir adalah pada tahun 2006.
Namun, mereka dikecewakan oleh Barcelona dengan keputusan 1-2 walaupun Sol Campbell terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-36.
Mikel Arteta Masih Optimis
“Jika anda mahu berada di final Liga Juara-Juara, anda perlu lakukan sesuatu yang istimewa, kami perlu lakukan sesuatu yang istimewa di Paris untuk layak ke sana.”

“Kami kini ibarat di separuh masa, dan mesej saya masih sama seperti ketika menentang Real Madrid di laman sendiri, 3-0.”
“Kami perlu ke Paris dan menang perlawanan itu. Kami lebih daripada mampu untuk melakukannya,” ujar Arteta menurut sumber laporan ESPN.