Mikel Arteta kritik pemain Arsenal beliau sebagai punca kekalahan di tangan West Ham. Di mana menurutnya para pemainnya telah menurunkan standard yang diperlukan untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Arsenal kalah 0-1 di tangan West Ham dalam aksi di mana mereka boleh merapatkan jurang mata kepada 5 mata di belakang Liverpool jika menang.

Tandukan Jarrod Bowen pada minit ke-44 sudah cukup untuk memastikan kemenangan mengejut buat pasukan pelawat di Stadium Emirates apabila Arsenal hanya melakukan dua percubaan tepat ke sasaran daripada 20 percubaan keseluruhan dalam persembahan yang lemah.

Itu yang membuat  Mikel Arteta kritik pemain Arsenal yang gagal menggunakan kesempatan untuk mengejar Liverpool dengan lebih rapat.

Arteta
Arteta pada sidang media selepas perlawanan

Keputusan itu menyebabkan Arsenal ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu Liverpool, yang boleh melebarkan kelebihan itu kepada dua angka dengan kemenangan di Manchester City pada hari Ahad.

Berikutan kecederaan kepada Kai Havertz, Gabriel Jesus, Gabriel Martinelli dan Bukayo Saka, The Gunners tidak mempunyai penyerang yang sebenar ketika menentang West Ham dengan pemain tengah Mikel Merino dipanggil sebagai alternatif sementara.

Arteta kritik pemain Arsenal

Ditanya sama ada ketiadaan penyerang patut dipersalahkan, Arteta berkata, ianya tiada kaitan dengan kegagalan membeli pemain pada jendela perpindahan.

Sebaliknya Arteta kritik pemain yang sedia ada yang tidak melakukan tugasan mereka dengann sebaiknya.

Arteta kritik pemain Arsenal yang gagal menepati standard diperlukan untuk menggapai kejayaan dalam persaingan perebutan kejuaraan EPL.

Arteta berkata: “Tidak, tidak dan saya menolaknya sepenuhnya kerana saya bercakap mengenai standard pemain dan pasukan yang kami lawan hari ini, termasuk saya.

“Dan itu tidak hampir sama dengan tahap yang perlu kami capai untuk kami berpeluang memenangi Liga Perdana. Hari ini, tidak. Kami sangat konsisten, ya, tetapi bola sepak adalah mengenai apa yang anda lakukan hari ini dan hari ini, tidak ada yang hampir kepada standard itu.”

“Walaupun [penguasaan] yang kami ada dan 20 percubaan, saya tidak pernah merasakan kami berada pada tahap standard dan tahap yang kami perlukan,” katanya.

“Pertama sekali adalah untuk mempunyai lebih banyak ancaman dan kemudian tidak membenarkan mereka berlari kerana kami kehilangan banyak bola yang kami membenarkan West Ham berlari dalam posisi yang sangat berbahaya.

arteta kecewa

Walaupun Arteta kritik pemain Arsenal, dia tetap mengambil tanggungjawab di atas keputusan di atas padang. Kerana menurutnya dia gagal untuk mengekalkan standard tersebut pada pemain pemainnya.

“Kami perlu [marah dengan diri sendiri]. Saya harap kami sangat marah kerana kami tidak mencapai tahap hari ini, dan saya sangat bertanggungjawab ke atasnya, jadi saya sangat, sangat marah.”

Arteta kritik pemain arsenal
Mikel Arteta / FOTO: ESPN

Menolak sama ada perlumbaan kejuaraan sudah tamat jika Liverpool menewaskan City, Arteta berkata: “Ia bukan di tangan kami. Bagi saya, saya benar-benar sangat kesal dengan perkara yang ada di tangan kami, dan kami tidak melakukan sebaik mungkin dan itulah prestasi dan keputusan hari ini.”