Penyanyi Korea-Amerika Eric Nam membuat keputusan untuk membatalkan konsertnya di negara ini selepas didakwa menerima ‘ancaman’ gara-gara menekan butang ‘like’ pada salah satu muat naik media sosial mengenai perang yang terjadi di antara Israel dan Palestin.

Menurut laporan South China Morning Post, dia menekan butang ‘suka’ di hantaran terbabit kerana dia adalah seorang yang sukakan kedamaian dan kemanusian.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

“Selepas itu, saya menerima ancaman mengenai kunjungan saya yang dijadualkan di Kuala Lumpur. Atas faktor keselamatan yang tinggi untuk pasukan dan peminat saya, saya membuat keputusan sukar untuk membatalkan rancangan itu,” tulisnya di platform media sosial X.

Nam menambah bahawa dia juga merasa kecewa dengan apa yang terjadi di Palestin, mahupun Israel, “Tiada kata yang boleh menggambarkan kesakitan dan penderitaan di sana, tetapi saya berdoa setiap hari agar ada keamanan dan keselamatan untuk semua orang tidak lama lagi,” tambahnya.

Bagaimanapun, penjelasan Nam seolah menabur minyak di atas api yang sudah marak. Pengguna media sosial terutamnya di Malaysia seolah tidak boleh menerima.

Dia juga dituduh telah menunjukkan ‘warna yang sebenar’ kerana memilih untuk ‘berkecuali’ di tengah-tengah ‘pembunuhan beramai-ramai.

Untuk rekod, pengguna media sosial di Malaysia kini mempunyai banyak masa terluang untuk mengecam mereka yang memilih untuk berpihak kepada Israel, memilih untuk ‘berkecuali’ atau mereka yang memilih untuk diam dan tidak memuat naik apa-apa hantaran mengenai isu di antara dua negara terbabit.

Baru-baru ini, seorang pemengaruh media sosial di Malaysia kehilangan hampir 100,000 pengikut gara-gara tidak membuat sebarang hantaran mengenai Palestin.

Sumber