Artis grafiti terkemuka, Banksy sekali lagi hadir dengan gimik penuh kontroversi di kota London. Jika sebelum ini beliau rosakkan sendiri karyanya demi seni, kali ini beliau menyamar sebagai tukang cuci dan melukis grafiti di dalam sebuah tren London Underground.

Video yang dikongsikan beliau semalam menunjukkan bagaimana beliau menipu orang ramai terutamanya pengawal dengan berpakaian seperti pencuci untuk proses sanitasi tren. Tong gas sanitasi yang dibawanya pula sebenarnya penyembur cat mudah alih.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti karya Banksy sebelum ini, setiap karyanya mempunyai mesej tersirat dan mesej yang cuba dibawa oleh Banksy kali ini adalah kepentingan mamakai pelitup muka di tempat awam.

Karya tersebut, If You Don’t Mask, You Don’t Get ini bagaimanapun tidak disukai oleh pihak Transport For London (TFL). Lukisan tersebut telah pun dibuang selari dengan polisi anti grafiti TFL.

Walaupun pihak TFL suka dengan saranan memakai topeng muka oleh Banksy ini, tetapi undang-undang tetap undang-undang. Pemain tenis Andy Murray antara yang suka dengan ‘idea pelik’ Banksy itu dan sehingga kini, tiada siapa pun tahu identiti sebenar insan bernama Banksy ini.

Ini pula beberapa artikel lain berkaitan Banksy. Baca lagi pada pautan di bawah.

Lukisan Banksy Ini ‘Hancur’ Selepas Terjual Pada Harga RM5.8 Juta

Siapakah Pelukis Graffiti Bermesej Ini Yang Mencetuskan Revolusi Perihal Dunia

Sumber