Negeri yang tidak mempunyai panggung wayang di Malaysia ialah Kelantan. Kelantan telah tidak mempunyai panggung wayang sejak lebih 30 tahun yang lalu.

Sampaikan tahap rakyatnya terpaksa pergi ke negeri terdekat iaitu Terengganu hanya untuk menonton filem di panggung wayang. Hal ini sedikit sebanyak menyukarkan rakyat mereka untuk menikmati karya filem tempatan yang diminati.

Dalam pada itu, KB Mall yang mana menjadi pilihan warga tempatan untuk bersuka ria atau membeli-belah kini sedia menambah lebih banyak lagi jenama kedai terkemuka seperti Kenangan Coffee, Seoul Garden dan Chagee.

'Asyik Kedai Makan Je' - Netizen Kelantan Minta 'Adjust' Buka Panggung Wayang Di KB Mall
Sumber Gambar: FB

Walaupun ramai menyukai penambahan kedai makanan terkemuka di pusat membeli-belah terkenal itu, ada yang meluahkan keinginan mereka untuk melihat kehadiran panggung wayang pula di tempat kelahiran mereka pula.

” KB Mall bukalah wayang pula. Tak payah ikutlah cakap kerajaan. buat tak tahu saja,” kata pengguna Afnan Ramly di Facebook.

“Tak mahu dah kedai makan/minum, puas dah. Orang nak wayang pula, min,” ujar seorang pengguna bernama Amir Asraf.

“Kena ada wayang baru kecoh,” kata seorang pengguna lain WM Ikram Dhani.

Sementara itu, netizen dari kalangan wanita itu meluahkan kegembiraan selepas melihat air kegemaran mereka iaitu Kenangan Coffee dan Chagee sudah boleh didapati dengan mudah.

Pada hantaran terbaru di FB KB Mall, masih didapati beberapa yang meminta pihak KB Mall untuk pertimbang memasukkan panggung wayang kerana sudah penat berulang-alik ke Terengganu hanya kerana mahu menonton filem yang diminati.

Ada yang berpendapat lebih baik mempunyai panggung wayang untuk melihat filem secara halal berbanding menonton sejumlah filem secara haram menerusi Telegram atau seangkatannya.