Setelah sekian lama berteka-teki, kini Nabila Razali sudah sah menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan bernama Nik Iruwan.
Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali selamat dinikahkan oleh Jurunikah dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Bukit Tinggi, Pahang.
Baca Juga:
- Pelakon Suara BoBoiBoy Sah Berkahwin, Netizen Ucap Terima Kasih Kerana Mewarnai Zaman Kanak-Kanak
- Guna Khidmat Jurusolek Thailand, ‘Makeup’ Perkahwinan Janna Nick Raih Perhatian Ramai
Dalam pada itu, usahawan Asyraf Khalid mendedahkan dia merupakan antara individu yang bertanggungjawab dalam menyatukan pasangan pengantin ini.
Asyraf atau Muhammad Asyraf Khalid berkata, perkenalan pasangan itu bermula apabila dia menjemput Nabila dan Iruwan ke majlis sambutan hari jadi yang diadakan.
“Nik datang pada masa yang tepat dan kelihatan sangat segak namun dalam jam 9.30 malam, Bella masih tidak munculkan diri.
Jadi, saya menghantar gambar kami kepada Bella memberitahu kami sedang menantinya. Bella merasa sangat malu, tetapi sepupu saya rapat dengan Bella dan meyakinkan Bella untuk hadir ke majlis tersebut,” katanya lagi.
Asyraf mendedahkan perkara itu dalam satu hantaran di Instagram miliknya pada Sabtu lepas.
Tambah Asyraf, sebelum menyatukan mereka, dia bertanya terlebih dahulu akan status diri Bella dan Nik pada ketika itu semasa rumah terbuka tahun lalu.
Jelasnya, kedua-duanya memaklumkan yang diri mereka masih solo dan tidak mempunyai mana-mana teman istimewa.
“Saya bertanya kepada Nik, siapa teman wanita awak sekarang? dan dia jawab saya single, saya mahu berkahwin tapi saya kena cari wanita yang betul-betul sesuai.
Dua hari selepas itu, secara kebetulan saya bertemu Bella dalam majlis rumah terbuka yang lain, dan bertanyakan tentang soalan yang sama.
Dia menyatakan bahawa dia masih bujang dan terlalu sibuk untuk mencari teman lelaki. Secara tiba-tiba, Nik berada di dalam fikiran dan terus bercakap kepada Bella tentang dia”, ujarnya di dalam kapsyen hantaran IG tersebut.
Bahkan, beliau turut tumpang gembira melihat hubungan Nabila dan Nik ke jinjang pelamin kurang dalam tempoh enam bulan sahaja.
Sementara di ruangan komentar, majoriti netizen turut bergembira dengan berita perkahwinan Nabila bersama pasangannya. Dalam masa sama, mereka turut memuji tindakan Asyaraf Khalid menjadi orang tengah kepada jodoh kedua-dua individu ini.