Jenama tempatan yang memfokuskan kepada perolehan data sukan, Atlead Pass melebarkan sayap ke negara jiran, Thailand apabila memeterai perjanjian persefahaman bersama Universiti Thaksin kampus Songkhla.

Perjanjian yang ditandatangani pada 22 Disember itu bermatlamat bagi memberikan tumpuan khusus berkenaan peningkatan kesedaran analisa dalam industri sukan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sehubungan dengan itu, kedua-dua pihak serius dalam usaha untuk mengambil langkah proaktif bagi membangunkan generasi muda yang celik data.

Malah, kerjasama tersebut juga menyasarkan untuk membuka peluang kepada pelajar dalam bidang sains sukan supaya mengenali lebih mendalam berkaitan penyediaan perangkaan data sejajar dengan kehendak industri analisa sukan di Asia.

Universiti Thaksin yang diwakili Professor Madya Dr. Samak Kaewsuksaeng selaku Naib Presiden Bahagian Penyelidikan dan Inovasi) menganggap kerjasama dengan dimensi baharu ini seiring dengan penekanan terhadap visi ‘Glocalisation’ universiti itu untuk memartabatkan kepakaran tempatan ke peringkat global.

Dalam pada itu, Atlead Pass berazam mahu membawa teknologi dalam perangkaan data itu ke lebih banyak saingan liga dan kejohanan di Thailand.

Fokus utama mereka adalah mahu meningkatkan lagi kemahiran pelajar-pelajar di Thailand serta mengharapkan budaya berteraskan data yang lebih besar dapat dikembangkan selaras dengan perkembangan sukan di sana.

Difahamkan dua sukan yang akan menjadi teras terhadap perjanjian bersejarah ini ialah bola sepak dan ragbi.

Pada era moden ini, data memang amat diperlukan bagi memberikan gambaran lebih jelas kepada barisan kejurulatihan terhadap prestasi seseorang pemain.