Sukan Olimpik Tokyo 2020 kali ini menjadi tumpuan dunia, dari kisah Korea Utara yang tidak mahu menyertai Olimpik sehinggalah katil anti-maksiat yang diperbuat daripada kadbod bagi tujuan kitar semula.
Terbaharu, dalam satu video tular di laman sosial kelihatan atlet Israel, Ben Wanger yang mengambil langkah esktrem dengan merosakkan katil yang diperbuat daripada kadbod bagi membuktikan bahawa katil tersebut kukuh.
Dalam video yang dimuat naik pada hari Isnin, Wanger dan lapan lagi lelaki yang lain menguji kapasiti tempat tidur tersebut. Tempat tidur tersebut difahamkan hancur dilakukan oleh atlet Israel yang tidak bertanggungjawab. Padahal katil tersebut akan digunakan kembali oleh atlet Paralimpik yang bakal turun pada bulan depan.
Tempat tidur dengan 100 peratus yang dibuat menggunakan kadbod di Olimpik Tokyo kali ini menjadi objek tarikan di perkampungan Olimpik. Terdahulu ia tular dengan cerita bahawa katil ini dibuat bagi mengelak daripada aktiviti persetubuhan di antara atlet. Namun tujuannya yang sebenar adalah tidak lain bagi menjaga alam sekitar kerana mampu untuk dikitar semula.
Perkara ini dilaporkan sendiri oleh The Vocket apabila syarikat Airweave, yang bertanggungjawab dalam pembuatan katil tersebut menyatakan bahawa teori itu palsu dan katil itu dibuat dengan teknologi kitar semula. Katil itu juga mampu menampung berat hampir 200kg.
“Mendapat banyak pertanyaan mengenai tempat tidur di Olympic Village, jadi hari ini kita akan memeriksa dan melihat berapa ramai orang yang diperlukan untuk memecahkan salah satu tempat tidur kadbod ini,” kata Wanger pada permulaan video tersebut, yang telah ditonton lebih daripada 400,000 kali sejak dimuat naik 24 jam yang lalu.
Pada mulanya, Wanger, anggota pasukan besbol Olimpik dari Israel yang juga pemain untuk pasukan AS Lancaster Barnstormers, melompat di atas katil. Kemudian, seorang demi seorang naik untuk menyertai beliau melompat di atas katil sehingga rosak katil tersebut.
Tindakan Wanger itu jelas tidak disenangi orang ramai apabila ia merosakkan fasiliti yang telah disediakan secara percuma kepada atlet yang bertanding di Olimpik. Selain daripada itu, ia bakal digunakan semula oleh atlet Paralimpik yang bakal bertanding di temasya yang sama bulan depan.
‘Lihat siapa di depan?’ – Aktivis ‘perlekeh’ Malaysia selepas Israel raih pingat pertama di Olimpik 2020. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Katil Anti-Maksiat, Tempat Tidur Atlet Olimpik Tokyo 2020