Sebanyak 17,000 unit telefon pintar jenis lipat edisi Olimpik telah diagihkan secara percuma kepada atlet-atlet yang menyertai Sukan Olimpik 2024 di Paris kali ini.

Sebahagian atlet dunia termasuk atlet-atlet kebangsaan Malaysia teruja mempamerkan hadiah istimewa berupa telefon pintar jenis ‘Flip’ edisi Olimpik dari jenama terkemuka Korea Selatan, Samsung.

Baca Juga:

Samsung merupakan salah satu rakan penaja Sukan Olimpik dan ini adalah kali kedua mereka menghadiahkan telefon pintar kepada atlet selepas edisi 2020 di Tokyo.

Sebagai permulaan, ini adalah kali pertama Samsung menyediakan telefon pintar terbaharunya kepada atlet sebelum ia dikeluarkan kepada pengguna. Ya, Galaxy Z Flip 6 belum lagi berada di pasaran walaupun anda sudah boleh membuat tempahan.

Atlet Olimpik Teruja Dapat Telefon Lipat Secara Percuma

Pemain badminton perseorangan wanita Thailand, Ratchanok Intanon sempat membuat sesi ‘unboxing’ untuk menunjukkan peranti khas tersebut menerusi tiktok.

Setiap unit telefon datang dengan rekaan badan kuning dan lambang Olimpik serta Paralimpik dicap di bahagian belakangnya.

@ratchanokmay

#olympic2024 #olympicparis2024 #ratchanokintanon

♬ Please Please Please – Sabrina Carpenter

Atlet renang dari New Zealand, Lewis Clareburt menyifatkan Sukan Olimpik 2024 membawa satu perubahan unik kerana buat kali pertama dalam sejarah, atlet dibenarkan membawa telefon tersebut untuk mereka ambil gambar kenang-kenangan sewaktu acara penerimaan pingat.

@lewis_clareburt

If you can count how many times we said “BRO” I’ll give you my phone #paris2024 #olympics #samsung @taiko

♬ Souvenir De Paris – Martin Taylor

“Kali ini lain dari yang lain, telefon in boleh digunakan sekiranya saya dapat pingat nanti. Cuba kamu kira berapa kali kami cakap ‘bro’ dalam video ni?

“Siapa yang dapat teka saya nak hadiahkan telefon pintar ini kepada kamu,” katanya.

Di samping itu, telefon ini juga dilengkapi dengan eSIM daripada syarikat telekomunikasi Perancis Orange termasuk data 100GB bersama panggilan dan teks tanpa had.

Ini membolehkan atlet menggunakan peranti itu sepanjang temasya Olimpik di Paris.