Atletico Madrid memberikan respon dengan nada penuh sindiran ke atas Real Madrid, berikutan bidaan €150 juta dibuat oleh kelab itu untuk membeli Julian Alvarez.

Sebelum ini Florentino Perez berjanji akan membaya masuk bintang ternama berstatus Galatico bernilai €150 juta jika dia berjaya mengekalkan kerusi presiden di kelab itu.

Dan Perez sah menjadi presiden Real Madrid untuk penggal baharu. Ada beberapa nama pemain dalam senarai untuk dibidak oleh Real Madrid.

Namun yang mengejutkan adalah nama Julian Alvarez, yang sebelum ini turut menarik minat Barcelona.

Real Madrid mengesahkan mereka sudah menghantar bidaan rasmi, namu ditolak dengan cara baik oleh Atletico.

Real Madrid dalam kenyataan rasminya berkata: “Real Madrid C.F. memaklumkan bahawa selepas mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan hari ini, kelab telah mengemukakan tawaran sebanyak €150 juta kepada Atletico de Madrid bagi mendapatkan hak pendaftaran pemain Julian Alvarez.

“Selepas meneliti dan menilai tawaran tersebut, Atletico de Madrid mengucapkan terima kasih atas tawaran yang dibuat, dalam semangat hubungan baik antara kedua-dua kelab, namun menolaknya dengan merujuk kepada klausa pelepasan pemain itu [bernilai €500 juta].”

Tidak lama kemudian Atletico segera memberikan respon. Mereka menuduh Real Madrid tak sedar diri dan perasan bahawa hubungan antara kedua dua kelab adalah baik.

Kerana menurut mereka, ucapan ‘terima kasih’ itu sebenarnya lebih kepada nada sindiran.

Atletico dalam kenyataan mereka berkata: “Kenyataan rasmi bersama dengan penjelasan kami berkaitan kenyataan rasmi daripada jiran kami, Real Madrid.

“1. Mereka memotong video Pope yang mengatakan beliau juga penyokong Atleti.

“2. Mungkin kamu keliru antara etika dan rasa terima kasih, tetapi untuk mengelakkan sebarang keraguan: kami tidak berterima kasih kepada kamu untuk apa-apa.

“3. Kami tidak sedang mengkaji mahupun mempertimbangkan sebarang tawaran untuk Julian Alvarez.

“4. Siapa kata kita [Madrid] tidak boleh sehaluan, sedangkan kamu berjaya membuatkan kami ketawa lebih daripada FC Barcelona buat.”