Pelakon watak ‘atuk’ dalam siri Netflix Squid Game, O Yeong-su didapati bersalah atas tuduhan salah laku seksual.
Mahkamah daerah Suwon cawangan Seongnam menjatuhkan O Yeong-su hukuman penjara lapan bulan dengan penggantungan hukuman selama dua tahun.
Baca Juga:
- Selepas Skandal Dadah, Pemilihan T.O.P Sertai ‘Squid Game 2’ Jadi Pertikaian Netizen
- Lelaki Korea Utara Dijatuhkan Hukuman Mati Selepas Seludup Siri ‘Squid Game’ Ke Sana
- Netflix Bakal Hasilkan ‘Squid Game’ Sebenar Dengan Hadiah Lumayan RM20 Juta
Pada masa sama pelakon itu juga diperintah untuk menyelesaikan 40 jam kelas mengenai keganasan seksual.
Pelakon berusia 79 tahun itu yang didakwa atas dua pertuduhan gangguan seksual terhadap seorang wanita pada 2017, telah menafikan tuduhan terbabit.
Menurut laporan, semasa meninggalkan mahkamah, O Yeong-su memberitahu pemberita bahawa beliau merancang untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan itu — pelakon tersebut mempunyai tujuh hari untuk merayu atau sabitan terhadapnya akan kekal.
Pelakon itu memenangi anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Golden Globes melalui wataknya dalam Squid Game pada 2021. Beliau menjadi pelakon Korea Selatan pertama dinobatkan dengan anugerah itu.
Kontroversi tuduhan gangguan seksual telah menyebabkan namanya digugurkan daripada membintangani filem baharu di Korea Selatan.