Seorang penghantaran makanan mengalami trauma selepas dia dicabul oleh pelanggan lelaki.

Menerusi laporan Harian Metro, kejadian itu berlaku pada Khamis lalu semasa penghantar makanan berusia 34 tahun itu menghantar pesanan ke rumah suspek berusia 57 tahun di Sungkai, Tapah pada 9.30 malam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam kenyataan Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Mohd Naim Asnawi, beliau berkata ketika mangsa menyerahkan pesanan, suspek dikatakan memegang bahagian sulit dan mencium pipinya.

“Mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada hari sama kejadian dan suspek ditahan pada jam 10.30 malam. Selepas siasatan dijalankan, suspek dibebaskan dengan jaminan polis pada 1 pagi Jumaat (25 Ogos),” katanya.

Mohd Naim menambah, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan seseorang yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, denda, sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berikut jika sabit kesalahan.