Bekas ketua pembangunan pemain Sporting, Aurelio Pereira meninggal dunia pada usia 77 tahun. Dan pemergiannya ditangisi peminat bola sepak Portugal.
Kenapa nama Pereira antara yang paling penting dalam sejarah bola sepak Portugal dan juga eropah?
Dia adalah individu yang berjaya mencungkil bakat elit seperti Cristiano Ronaldo.

Aurelio Pereira dikenang
Sporting telah mengeluarkan kenyataan rasmi selepas Aurelio Pereira meninggal dunia, mengenang beberapa bakat bola sepak Portugal yang ditemui oleh Aurélio Pereira.
“Dari Paulo Futre, hingga Luís Figo atau Cristiano Ronaldo, serta juga bakat-bakat yang lebih baru, Aurélio Pereira adalah individu yang paling bertanggungjawab atas karier beberapa tokoh bola sepak negara dalam 40 tahun terakhir,” tulis kelab tersebut mengenang jasa Pereira.
“Beliau adalah seorang guru yang hebat dalam bidangnya dan seorang yang disenangi semua pihak, dan sentiasa diiktiraf oleh Sporting CP.
“Di mana beliau menerima dua Anugerah Stromp dan satu Anugerah Singa Emas (Leao de Ouro), dan pada tahun 2012, Kelab menamakan padang/stadium utama Akademi Sporting sempena dengan namanya,” tambah kenyataan itu.
Sepanjang kariernya dalam pengurusan tertinggi bola sepak Pereira dikenali dengan kemampuannya untuk menyediakan sistem sokongan yang sangat baik untuk membantu pemain pemain muda berkembang pesat.
Bakat elit
Luis Figa dan CR7 adalah dua nama yang pernah memenangi Ballon d’Or dalam karier mereka. Ronaldo menjadi salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman.
Dan memiliki jumlah gol luar biasa dalam kariernya. Bekas bintang Real Madrid dan Man United itu sudah memenangi 5 Ballon d’Or. Dan sudah memenangi segalanya di peringkat kelab termasuk untuk anugerah individu.
Di peringkat antarabangsa, Ronaldo membantu Portugal memenangi Euro dan Piala Negara Negara Eropah.
Cristiano Ronaldo turut berduka cita dengan pemergian Aurelio Pereira. CR7 berkata: “Salah seorang ikon hebat dunia bola sepak telah meninggalkan kita, tetapi legasinya akan kekal abadi.
“Saya tidak akan pernah berhenti bersyukur atas segala yang telah beliau lakukan untuk saya dan ramai pemain lain. Selamanya, Tuan Aurélio, terima kasih atas segalanya. Rest in peace.”
Um dos grandes símbolos da formação mundial deixou-nos mas o seu legado viverá para sempre. Nunca deixarei de estar grato por tudo o que fez por mim e por tantos outros jogadores. Até sempre, Senhor Aurélio, obrigado por tudo. Descanse em paz. pic.twitter.com/8PvLE73id4
— Cristiano Ronaldo (@Cristiano) April 8, 2025