Dunia influencer terkadang membuatkan seseorang individu menjadi alpa sehingga merasa diri lebih bagus dari orang lain.
Baru-baru ini, seorang wanita di Taiwan cuba mengambil kesempatan terhadap sebuah kedai minuman untuk mendapatkan air secara percuma.
Dia memperkenalkan dirinya sebagai seorang penulis blog yang mahu mempromosikan kedai minuman terbabit.
Pemilik kedai bagaimanapun merasakan permintaan daripada wanita tersebut dianggap tak masuk akal, jadi dia menolak permintaan wanita itu.
Ekoran bengang dengan permintaannya yang ditolak mentah-mentah, dia langsung memberikan rating 1 bintang dan mendakwa pemilik kedai mempunyai perangai yang buruk.
“Tingkah laku buruk, dan sikap yang sangat biadap apabila saya melawat salah satu kedai mereka”, tulisnya pada review.
Review negatif itu kemudian mendapat perhatian pemiliknya dan sedia berkongsi penjelasan ringkas tentang apa sebenarnya yang berlaku.
Difahamkan penulis blog itu diminta membayar NTD65 (lebih kurang RM9) untuk minuman susu tembikai itu.
“Awak tak tahu siapa saya? Saya seorang blogger”, katanya dengan bongkak.
Menerusi thread rasmi kedai minuman itu, pemilik kedai itu berkata dia dan pekerjanya pernah mengalami perkara yang sama sebelum ini tetapi memilih untuk menyembunyikannya.
Bila tahap kesabaran sudah mencapai batasnya, pemilik memutuskan untuk berkongsi perkara itu dan menghantar mesej kepada mana-mana individu yang ada niat untuk melakukan perkara yang sama.
“Syarikat kami yang memutuskan sama ada kami memerlukan publisiti. Kami tidak akan melayan jika anda datang ke sini dan menggunakan identiti anda untuk mendapatkan produk percuma.”
Dalam pada itu, pemilik juga menjelaskan bahawa pihak mereka tidak terkesan dengan ulasan penulis blog itu, malah pihak syarikat kedai itu juga menyeru penulis blog tersebut untuk tampil beri penjelasan.
“Sila nyatakan kedai mana yang anda pergi, dan apakah sebenarnya yang anda maksudkan dengan sikap kurang ajar.”
Pada penghujung balasannya, pemilik juga menyatakan yang dia melawat laman blog wanita tersebut dan memberikan rate 1 bintang.