Vokalis Wings, Awie ibarat membuka apa yang terbuku di hatinya pada malam penuh emosi, nostalgia dan rock n roll.
Di hadapan lautan peminatnya dari seluruh negara yang hadir ke Konsert Wings 40 Tahun: 4 Dekad Terbang Tinggi melabuhkan tirai dengan kata-kata penuh makna daripada Datuk Awie.
Pada sesi untuk beberapa lagi lagu terakhir Wings di Idea Live Arena, Damansara, Awie menyampaikan pesanan berbaur sindiran, namun sarat dengan emosi.
Dipetik daripada BH Online, Awie berkata: “Dengari lima lagu seterusnya kami tujukan kepada mereka yang telah pergi. Pergi mengkhianati peperangan dan perjuangan ini.
“Hukum Karma! Setiap perbuatan pasti ada kifarahnya. Kau bukan brother. Tinggalkan kami semasa peperangan bermula… Pergi seperti lipas kudung tanpa berita. Meninggalkan harapan. Kini harapan telah berubah.”
Kenyataan itu disambut peminat dengan jeritan, tepukan dan sorakan penonton benar-benar memecahkan aura malam.
Awie turut menyebut nama Syam, Edrie, Pae, Am dan dirinya – simbolik bahawa Wings masih teguh walau diuji pengunduran dua anggota lama, Eddie dan Black.
Awie luah hati di penghujung konsert, dedikasi lima lagu buat ‘yang pergi’#BHhiburan Perbandingan seperti kelab bola, anggota silih berganti namun sokongan kekalhttps://t.co/YwKwfaKoP2
— Berita Harian (@bharianmy) November 29, 2025
Awie menambah: “Bukan lagi Gunung Ledang yang kami kejar, tetapi Everest yang akan kami jajahi!”
@abamtoko Buat Pertama Kali Dato Awie Berpuisi Dan Bermadah Dalam Segmen Terakhir Konsert Wings 40 Tahun. Segemen Terakhir Paling Padu Dan Mantap. Memang Puas Hati. Semoga Wings Akan Terbang Lebih Tinggi #konsertwings #konsertwings40tahun #datoawie #wmgsasean
Penonton terus berdiri, ikut menyanyi dan meraikan lima lagu terakhir yang dianggap benar benar simbolik iaitu Hukum Karma, Kau Bukan Brader, Lipas Kudung, Harapan dan Mabuk Tujuh Lautan.
“Dengari lima lagu seterusnya kami tujukan kepada mereka yang telah pergi. Pergi mengkhianati peperangan dan perjuangan ini.