diSebuah Perodua Axia mencuri perhatian warganet apabila ia dirakam menaiki perahu untuk merentasi sungai.

Menurut pemilik kereta tersebut, kereta berwarna kuning itu dalam perjalanan menuju ke kampungnya yang terletak di Mulu, Sarawak.

Menerusi video yang dikongsikan TikTok @a.reraofficial, kereta tersebut diletakkan di bahagian hadapan perahu yang turut memuatkan pelbagai barangan lain.

@a.reraofficial

Balik Kampung baby axia saya hari ini. #mulu #marudi #sarawak

♬ suara asli – Evolusi Diri – A P R I A N D I

Ramai yang tertanya bagaimana kereta tersebut dimasukkan ke dalam perahu itu.

Dalam satu video lain, kereta Axia itu diangkut menggunakan kren sebelum dimasukkan ke dalam perahu. Kerja pemindahan itu dilakukan oleh beberapa orang pekerja dengan penuh berhati-hati.

Menurut pemilik Axia tersebut, dia bercadang untuk membuat Live bila kereta itu dikeluarkan daripada perahu. Pada masa sama dia mahu membuat satu video mengenai perjalanan menuju ke Mulu.

Ramai netizen tidak sabar untuk melihat kedua-dua video itu nanti.

Apabila ditanya mengenai kos, wanita itu berkata kos penghantaran sekitar RM5,000, bergantung kepada saiz kenderaan dan muatan.