Ayah kepada lelaki yang dipukul sehingga maut oleh sekumpulan lelaki di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang telah meluahkan rasa sedih dan terkejut dengan kejadian yang menimpa anaknya.

Samad Bakar yang berusia 70 tahun menyatakan dia tak sanggup melihat video yang sedang tular, di mana anaknya, Shahril telah ditarik, diikat dan dipukul sehingga meninggal dunia.

Samad memberitahu Harian Metro bahawa dia dimaklumkan tentang insiden itu pada 1.30 pagi selepas kejadian.

Dia diberitahu bahawa Shahril dipukul setelah dikejar sekumpulan lelaki. Di mana sebelum itu Shahril terlibat dalam kemalangan dengan penghantar makanan di Kajang.

Namun Samad tidak menyangka bahawa Shahril sebenarnya meninggal dunia kerana kejadian itu.

Dia menyifatkan kejadian tragis itu tidak seharusnya berlaku. Walaupun anak dia melakukan kesalahan sekalipun, tidak patut untuk individu individu tersebut membelasah dan menyeksa anaknya sehingga tidak bernyawa.

Sama memberitahu Harian Metro: “Arwah anak kedua daripada tujuh beradik dan seorang yang baik, malah tidak pernah melawan apabila dimarahi. Dia masih bujang dan banyak membantu saya serta isteri di kedai makan kami

“Arwah tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia akan tinggalkan kami, namun dua hari lalu dia secara tiba-tiba pulang dan tidur di rumah, sedangkan selama ini dia tidur di kedai.”

Mereka sekeluarga menyerahkan perkara itu kepada pihak polis dan berharap pelaku akan mendapat hukuman setimpal.

Semalam, The Vocket melaporkan tentang seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan dituduh telah melarikan diri. Lelaki tersebut telah terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan di Taman Pelangi Semenyih 2. Dia kemudian dibelasah sehingga maut.

5 Ditahan Kerana Tarik, Ikat & Pukul Mangsa Sehingga Maut Selepas Kejadian Kemalangan

Saksi kejadian menyatakan mereka melihat lelaki itu ditarik oleh sekumpulan lelaki dan diikat sebelum dipukul sehingga tidak bernyawa lagi.