Pemain import Selangor FC (SFC), Ayron Del Valle dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Super musim 2023 berdasarkan rekod jaringan di laman Malaysia Football League (MFL).

Selepas saingan Liga Super berakhir pada 17 Disember, penyerang dari Colombia itu telah menghimpun 23 gol dalam 26 perlawanan sekaligus mengatasi pencabar terdekat, Bergson Da Silva yang merekodkan 21 gol.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun, rekod jaringan terbanyak semusim yang dilakukan Bergson pada musim lalu dengan 29 gol gagal dipecahkan oleh Ayron.

Sebelum ini, Bergson memecahkan rekod jaringan semusim yang  dipegang penyerang Selangor FC (SFC), Ifedayo Olusegun dengan 26 gol pada 2021.

Seorang lagi penyerang JDT, Fernando Forestieri berada di tangga ketiga dengan 19 gol manakala pemain import Kuching City, Abu Kamara yang kurang dikenali mencipta kejutan dengan 13 gol.

Tiga pemain skuad Harimau Malaya turut berada dalam senarai penjaring terbanyak iaitu Arif Aiman dari JDT (12 gol), Faisal Halim dari Selangor (12 gol) serta Paulo Josue dari KL City (11 gol).

Perebutan bagi gelaran Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super musim ini sengit selepas tiga pemain itu tampak berpeluang untuk merangkul anugerah yang dimenangi Darren Lok pada musim lalu dengan 10 gol.

Namun, gelaran itu mungkin dikongsi oleh Arif Aiman dan Faisal Halim apabila mengumpulkan jumlah jaringan yang sama.

Arif Aiman dijangka mempertahankan gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) buat kali ketiga berturut-turut.