Baru-baru ini, kontroversi berkaitan curang dan hidup bermadu dalam kalangan selebriti telah menjadi perhatian orang ramai. Malah, ramai orang memberikan pendapat mereka berhubung isu terbabit.
Terbaharu, Azhar Sulaiman mengatakan bahawa dia tidak kisah jika suatu hari nanti anaknya, Kasih Iris Leona ditakdirkan hidup bermadu dalam satu perkongsian di Instagram selepas ada netizen mengatakan anaknya itu bakal menjadi isteri kedua atau ketiga.
Baca Juga:
- 9 Tahun Bercinta, Lelaki Luah Kekecewaan Teman Wanita Curang Dengan Orang Lain Di Omi
- Pernah Tular Isu Curang, Lelaki ‘Sikat Tepi’ Ini Didakwa Sumbat Isteri Dalam Penjara
- ‘Dah La Gemuk, Muka Pun Tak Ada’ – Perempuan Maki Teman Lelaki Selepas Kantoi Curang
Menerusi perkongsian tersebut, Azhar telah meletakkan beberapa syarat buat bakal suami anaknya itu. Azhar berkata dia menerima dengan terbuka asalkan lelaki berkenaan mempunyai pendidikan bertaraf ijazah, menghormati maruah Leona dan keluarga serta bijak menguruskan hal keluarga tanpa kecoh satu Malaysia.
Dalam pada itu, Azhar berkata dia akur dengan jodoh Leona yang telah ditetapkan Allah suatu hari nanti. Hasil tinjauan kami, perkongsian tersebut telah dipadam selang beberapa jam dikongsikan kepada umum.