Azhar Sulaiman dalam satu muatnaik di Facebook semalam menunjukkan bahawa dia membuat solidariti khas untuk staf McDonald’s ataupun McD.

Ini kerana menurut pelakong legenda itu, staf McDonald’s di Malaysia juga mangsa keadaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Azhar Sulaiman berkongsi dialog dia dengan anaknya ketika dia mengajak anaknya itu makan di dalam premis McDonald’s Taman Tun Doktor Ismail (TTDI).

Dia menulis:

Mcd Ttdi Just Now….
Kasih – daddy take away or dine in?
Daddy – dine in
Kasih – Serious?
Daddy – McD takkan tutup and Melayu akan datang balik lepas Perang reda, so pergi jelah
5 minutes later…..
Kasih – daddy i think some malays across the street are looking at us
Daddy – hmmm takpelah, you rasa apa perasaan staff Mcd kat dalam ni yang semua Islam dan pakai tudung? Kita tunjuk Solidariti kita pada Staff Mcd pulaklah.
Kasih – Oklah they all pun mangsa keadaan.

McDonald’s Malaysia menerima impak yang ketara daripada boikot ke atas produk berkaitan Amerika Syarikat dan Yahudi. Walaupun sebelum ini pemilik McDonald’s Malaysia, Gerbang Alaf menafikan sekeras kerasnya mereka ada menyalurkan dana kepada Israel.

Di ruangan komen Azhar Sulaiman menerima banyak kritikan di atas tindakannya itu. Namun dia tenang membalas komen salah seorang peminatnya:

“Kena be rasional sensible [rasional dan logik akal] and [dan] percayalah, bulan 12 depan McD penuh dengan Melayu semula.”

“McD ni isu kecil di akhirat kelak. Kita ada dosa yang besar yang perlu kita jawab nanti like me [sama seperti saya] juga kena jawab pasal my family [keluarga saya] sebab saya ketua keluarga.”

“Apa guna saya sembahyang tak tinggal tapi perkara lain tidak dibetulkan. Apa guna cakap perkara betul tapi dalam masa yang sama sakitkan hati or [atau] aniaya orang lain.”

“Behar [Azhar Sulaiman] bukan nak jadi Champion dalam hal McD n Behar cuma mahu kita bersikap Rasional. Kalau betul takut Allah. Jangan menonton sebarang program hiburan dan jauhi Duniawi.”

“Ini kat Tahfiz pun ada kes liwat and all. Allah beri kita ujian ikut kat mana stage kita dalam hidup ni. Agamawan akan diuji cara lain. Behar diuji cara lain,” tuntas beliau.

Azhar Sulaiman turut meminta staf McD memberitahu artis mana yang memperjuangkan kempen boikot McD kerana dia mahu bersemuka dengan mereka.

Di ruangan komen Azhar Sulaiman terus diajukan dengan pelbagai persoalan dan dia terus kental menjawabnya. Azhar Sulaiman sendiri mengakui dia sedar bahawa dia banyak menerima kecaman namun dia tetap dengan pendiriannya untuk menunjukkan rasa solidariti buat staf McD.