Pelakon terkenal tanah air, Azhar Sulaiman akui sedih melihat apa yang harus dihadapi rakyat Malaysia berkaitan kes 7 pemain warisan yang didakwa didaftarkan dengan dokumen palsu oleh FIFA.
Azhar Sulaiman pelik kerana masih tiada pihak yang mahu mengaku bersalah dalam hal ini.
FIFA kekal dengan keputusan menolak rayuan FAM berkaitan kes pemalsuan dokumen. Malah FIFA mencadangkan pihak berkuasa 5 negara menyiasat kes ini sebagai jenayah antarabangsa melibatkan dokumentasi.
Azhar Sulaiman simpati dengan rakyat Malaysia yang menanggung malu dan diperlekehkan orang luar hanya kerana kerosakan dilakukan seorang dua individu.
Dia menulis di Facebook: “Behar [Abang Azhar] sedih kerana seluruh rakyat Malaysia harus hadap, dimalukan dan diperlekehkan begini pasal satu dua orang punya kerja.
“Kita nak tunggu sampai kesemua 7 pemain itu kena ‘expose’ dulu ker baru nak angkat tangan Mengaku bersalah?”
Seterusnya Azhar Sulaiman menganggap isu ini tidak ubah dengan skandal 1MDB – yang sama sama memalukan negara.
“1MDB dan kegagalan FAM adalah sama sama aib negara,” tambahnya.
Oleh sebab itu dia faham kenapa rakyat Malaysia berduka dengan apa yang menimpa.


Kes ini kini sedang dalam proses rayuan di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa atau CAS. CEO Harimau Malaya, Rob Friend mengesahkan bahawa dia dan pasukan guaman yang sudah dilantik sedang dalam persiapan untuk ke CAS.