Pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang telah mengumumkan kemunculan semula beliau dalam arena lumba basikal kompetitif selepas insiden di Sukan Olimpik 2024, Paris.
Namun, kali ini Azizulhasni hadir dengan pendekatan yang jauh berbeza apabila tidak lagi bersama pasukan kebangsaan.
Baca Juga:
- Terlepas Pingat Emas, Azizulhasni Rasa Akibat ‘Langgar Janji’ Ibu, Isteri Dan Anak
- Azizulhasni Beri ‘Baton’ Kepada Shah Firdaus Untuk Olimpik LA 2028
- Azizulhasni Perjelas Punca Tersingkir Awal Di Saringan Pertama
Hal ini kerana jaguh berbasikal negara itu memilih untuk bergerak secara profesional dalam usaha meneruskan karier serta memberi impak lebih luas kepada dunia sukan tanah air.
Keputusan besar itu dibuat selepas perbincangan panjang dengan pelbagai pihak termasuk menerima pandangan, nasihat serta kritikan demi memastikan langkah yang diambil bukan sahaja memberi manfaat kepada dirinya, tetapi juga kepada masa depan sukan berbasikal trek Malaysia.
Perkembangan terkini itu disahkan sendiri oleh Azizulhasni dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan di laman sosial miliknya.