Azlee Senario tampil memberikan penjelasan tentang laporan bahawa rakan baiknya Saiful Apek ditahan pihak berkuasa semalam.

Semalam kecoh apabila ada pihak mendakwa bahawa Saiful Apek ditahan oleh pihak berkuasa di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan.

Laporan itu telah mengundang pelbagai spekulasi di media sosial. Ramai mulai mengeluarkan teori masing masing tentang sebab penahanan pelawak legenda itu.

Ramai juga peminat setia Senario dan Saiful Aspek ingin tahu, apa sebab sebenar pelawak itu ditahan.

Dakwaan itu juga hadir hanya selepas beberapa bulan lalu, di mana rakan baik Saiful Apek iaitu Yassin Senario telah ditahan oleh pihak berkuasa di Jeddah.

Azlee tepis dakwaan Saiful Apek ditahan

Namun begitu, laporan bahawa Saiful Apek ditahan itu pantas dinafikan oleh Azlee Senario.

Di mana Azlee menegaskan bahawa Saiful Apek baik baik sahaja ketika ini dan tiada sebarang isu dengan pihak berkuasa.

Azlee menyatakan bahawa berita tersebut tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih itu kepada umum.

Dipetik daripada BH Online, Azlee berkata: “Tiadalah, elok sahaja. Tidaklah dia kena tahan kerana setahu saya dia elok sahaja tiada apa.

“Tidak betul rasanya dakwaan itu,” tegas Azlee lagi kepada portal BH Online.

Azlee Nafi Saiful Apek ditahan
Foto: Harian Metro

Azlee bagaimanapun tidak tahu di mana keberadaan Saiful Apek ketika ini kerana dia mungkin sibuk dengan kerja kerja promosi filem baharunya, menurut pelawak itu lagi.

Selain itu, pada masa yang sama mereka (Senario) tiada ‘job’ pada masa ini. Jadi mereka tidak ada masa bersama pada waktu ini.

Oleh sebab itu Azlee tidak dapat memberikan penjelasan lebih lengkap tentang di mana Saiful Apek ketika ini.