Semalam netizen digemparkan dengan laporan menyatakan seorang pelawak terkenal ditahan di Jeddah kerana disiasat berkaitan dengan barang terlarang.

Satu lagi laporan menyusul menyatakan bahawa pelawak itu sudah dua bulan ditahan di Jeddah.

Dia dipercayai memiliki dadah jenis ganja dan membawanya bersamanya ketika dia pergi menunaikan umrah.

Dia ditahan di lapangan terbang Jeddah. Yang membuatkan dia kemudian ditahan untuk siasatan lanjut oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Pelawak itu pergi ke Arab Saudi bersama dengan rakan rakannya untuk menunaikan umrah – menurut sumber Utusan Malaysia.

Namun masih tiada pengesahan siapakah gerangan yang dimaksudkan.

Utusan Malaysia turut mengesahkan bahawa akaun media sosial pelawak itu masih aktif membuat hantaran. Kerana dipercayai dikendalikan oleh pasukan media dia.

Dan pelawak itu dijangka bakal muncul dalam satu program televisyen yang telah dirakam lebih awal sebelum insiden penahanan di Jeddah itu berlaku.

Sebelum ini seorang penyanyi dikir telah ditahan di Thailand kerana disyaki memiliki dadah terlarang. Kemudian muncul pula berita seorang lagi pelawak terkenal, Along Cham, ditahan polis untuk siasatan berkaitan dadah.