Platform penstriman video tempatan, Tonton, secara rasminya membawakan sebuah lagi naskhah Korea Selatan terbaharu buat peminat drama rantaian melalui pelancaran siri Azure Spring.
Drama mini yang mengandungi enam episod ini telah mula disiarkan secara eksklusif bermula 10 Jun 2026.
Siri yang mengangkat genre romantik dan pencarian jati diri (healing) ini merupakan sebuah naskhah adaptasi daripada karya webtoon popular hasil nukilan Jang Dukhyun, manakala lambaian pengarahan dikemudikan oleh pengarah berwibawa, Jung Hunsoo.
Mengangkat Tema Kedamaian dan Sisi Realiti Kehidupan
Azure Spring menyoroti kisah kehidupan dua individu yang dipertemukan di sebuah pulau terpencil.
Masing-masing memilih untuk membawa diri ke kawasan pedalaman tersebut demi mencari ketenangan emosi serta mengasingkan diri daripada trauma masa lalu.
Watak utama, Anna, dijayakan oleh Kim Ye-rim—atau lebih dikenali sebagai Yeri daripada kumpulan K-Pop global, Red Velvet.
Anna digambarkan sebagai seorang bekas juara renang remaja kebangsaan yang terpaksa melupakan kerjaya suukannya akibat kecederaan serius.
Beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman mendiang ibunya bagi merawat kekecewaan tersebut.
Di pulau berkenaan, Anna bertemu dengan Deokhyun, lakonan bintang meningkat naik, Kang Sang-jun. Deokhyun merupakan seorang bekas anggota pasukan khas Underwater Demolition Team (UDT) yang memilih untuk hidup menyendiri akibat dihantui peristiwa silam ketika dalam perkhidmatan.
Keunikan Budaya Penyelam Tradisional ‘Haenyeo’ dan ‘Haenam’
Naskhah ini turut memberi tumpuan kepada keunikan budaya masyarakat pesisir pantai Korea, di mana kedua-dua karakter tersebut akhirnya terlibat dalam aktiviti harian sebagai haenam dan haenyeo — iaitu istilah bagi penyelam lelaki dan wanita tradisional yang mencari hasil laut di dasar lautan.
Berlatarbelakangkan sinematografi keindahan lautan yang memukau, penonton bakal dibawa menyaksikan bagaimana rutin menyelam dan keakraban komuniti pulau tersebut membantu kedua-dua watak utama melepaskan bebanan emosi, sekali gus membangkitkan semula harapan dalam kehidupan mereka.
Kesemua Episod Kini Boleh Ditonton
Selain gandingan teraju utama, siri ini turut diperkukuhkan lagi dengan penampilan pelakon pembantu seperti Ko Ju-hee dan Jung Hyun-min yang melengkapkan naratif penuh emosi ini.
Kesemua enam episod Azure Spring telah diterbitkan secara serentak bagi memudahkan penonton melakukan penstriman terus. Langganan dan tontonan boleh dibuat melalui aplikasi Tonton atau dengan melayari laman sesawang rasmi mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai barisan program dan kandungan terkini, sila ikuti laman media sosial rasmi Tonton di Facebook, X.com, TikTok dan Instagram menerusi pautan @tontonmy.