Baby Shima nampaknya tidak mahu melepaskan peluang untuk membalas apa perlian Zhiddin sebelum ini ke atasnya dengan satu video troll.

Di mana Zhiddin pada masa itu mengkritik ayatnya yang tunggang langgang dan pada masa yang sama dianggap suka menyibuk hal orang lain.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Baby Shima berkongsi keratan artikel tentang Zhiddin yang dianggap sudah kantoi meniru karya orang lain sebelum ini. Selepas influence itu dinafikan kemenangannya dalam Anugerah Belia Negara Baru Baru ini.

‘Influencer’ Didakwa Ambil Karya Orang Tanpa Kredit

Namun Zhiddin sudah menyatakan bahawa dia tidak berniat menciplak karya orang cuma tidak tahu dari mana asal sumber pidatonya itu.

Baby Shima jelas sekali tidak melepaskan peluang setelah lama memendam rasa sakit hati kepada Zhiddin yang sebelum ini pernah memperlinya.

“Dahlah menangis tak dapat anugerah. Lepas tu menciplak karya orang pula tu. Katanya ada harga diri, meniru karya orang tu ada harga diri ke,” tulis artis jelita itu di Instagram Story.

Baby Shima menyambung: “Macan tu ke influencer? Patutlah tak boleh menang anugerah. Lain kali jangan sibuk hal orang lain, padan muka.”

“Nak sibuk sangat kacau Shima, terpaling ikon [emoji ketawa tutup mulut].”

“Jagalah tepi kain orang, jangan astik suka buat konten tentang orang lain dan jagalah tepi kain sendiri jangan sampai terselak.”

Kemudian Baby Shima troll Zhiddin dengan nada seperti berpidato dalam videonya dengan berkata: “Kenapa saudara menangis? Oh, sebab tak menang anugerah, okay.”

“Pada [pandangan] saya macam ni lah. Mungkin lepas ni saudara berhenti mengata hal orang, macam saudara mengata tentang saya.”

Baby Shima kemudian menunjukkan video Zhiddin memperli penggunaan ayatnya ketika dia membalas kecaman Zhiddin ke atasnya. Di mana Zhiddin berkata: “Baby Shima, ‘walau saya macam ni’? Walau? Mana pergi pun [sepatutnya walaupun]?”

“[Selepas] jika, jika lagi, ini bukan hipotesis, hipotenus je. Untuk calon ni saya bagi 3/5 markah. Walaupun tanda baca agak tunggang langgang. Sintaksis dia agak tak kena.”

Baby Shima meneruskan: “Ya lah, saya ni tak sepandai macam saudara. Sampai saudara sanggup buat tentang kebodohan saya untuk kepentingan konten saudara. Tapi, itulah, saya Alhamdulillah, saya tak ciplak karya orang.”

Kemudian Baby Shima mendapati ada lagi video Zhiddin mengecamnya. Sambil menyatakan: “Saya tak kacau pun saudara. Tapi sampai hati saudara ajak netizen semua maki saya. Eh saya ada terbaca artikel daripada saudara..”

“Saudara cakap, ‘enggan membiarkan itu itu terus berpanjangan, Zhiddin segera memadam video dia menyampaikan nukilan berkenaan daripada akaun TikTok miliknya’.”

“Lah, kenapa saudara delete video saudara? Ye lah, saudara dah tanya saya, jadi saya tanya saudara balik.”

“Shima ada baca artikel daripada abang Zhiddin, dia kata, ‘tak perlu nak menangguk di air keruh dan jadi manusia yang suka bati api untuk melagakan lagi keadaan. Berdosa’.”

“Itulah abang, disebabkan konten adik abang, saya dapat banyak makian dan penghinaan terhadap saya. Macam abang cakap kan, jadi manusia ni, jangan suka melagakan orang, jangan jadi batu api. Semoga abang sampaikan juga buat adik abang [Zhiddin] ok, bukan tuju untuk netizen je.”

“Saya dah dapat macam macam dah. Hinaan dan makian disebabkan konten dia.”

Menurut Baby Shima perbuatan Zhiddin itu membuka pintu kepada orang ramai mengecamnya sedangkan dia tak kacau pun hidup Zhiddin.

Akhir sekali Baby Shima mendoakan agar Zhiddin dapat menang anugerah.

“Apapun saya doakan nanti agar dia menang anugerah ok.”

Isu kegagalan Zhiddin memenangi Anugerah Belia Negara baru baru ini dianggap sudah pun selesai setelah dia berjumpa dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli.