Penyanyi dangdut, Baby Shima telah memfailkan saman terhadap pendakwah bebas, PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Abd Rahman Mat Noor di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak dan Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan semalam.

Susulan itu, PU Syed dalam satu kenyataan di Instagram miliknya mengatakan bahawa dia tidak terkesan dengan tuntuntan saman yang dikeluarkan oleh Baby Shima berhubung kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi kenyataan tersebut, PU Syed juga menegaskan tetap dengan pendiriannya menegakkan kebenaran dan menegur sesuatu yang salah mengikut sudut Islam.

Justeru itu, dia menganggap ia sebagai satu ujian dalam mencegah kemungkaran yang boleh mencemarkan nama Islam.

Terdahulu, PU Syed didakwa memfitnah Shima dengan menuduhnya tidak tahu tentang halal dan haram berhubung penganjuran sebuah konsert baru-baru ini serta berkata dia boleh terjerumus dalam golongan Ruwaibidhah.