Travel solo ke Mesir dengan bajet yang rendah. 24 hari, 13 lokasi dengan hanya ground cost RM1,900.
Di Mesir tidak sama seperti kita travel di negara Eropah dari segi pengangkutan kerana setiap kawasan terlalu jauh bahkan ada sampai beribu kilometer dan berbahaya.
Setiap daerah memerlukan kebenaran dari polis Mesir. Kita perlu menggunakan tour guide sama ada secara kumpulan (bas) atau ‘Private’ (van atau kereta).
Tetapi jika anda hendak jimat pergi dengan bas, join group student dekat sana.
Saya pergi Mesir secara solo dan saya cari tour guide dekat group ‘PASAR MESIR’. Dekat situ ada banyak tour guide yang mempromosikan pakej mereka.
Selalunya mereka akan promosi waktu cuti semester antara bulan 6 , 9 & 12. Dari situ anda boleh pilih tour guide, tarikh dan harga. Setiap dari mereka berbeza tarikh, harga dan tempat.
Dan anda boleh merancang perjalanan anda. Kebanyakan tour guide orang Indonesia.
Harga (PENTING)
Harga tidak termasuk tiket flight. Penerbangan saya dari Jordan – Mesir – Jordan adalah RM1,100 (EgyptAir)
Harga tidak termasuk makan sendiri dan lain-lain. Kos makan saya habiskan dalam RM600. Saya banyak habiskan duit dekat makanan.
Harga tour guide terpulang kepada pakej yang kita pilih. Pakej saya 13 tempat (RM1,300) dan menggunakan 4 tour guide berbeza.
Bajet semua saya habis RM3200 termasuk tiket flight, pakej 13 tempat, makan sendiri dan souvenir dalam RM200.
Kebanyakan orang hanya pergi ke beberapa tempat sahaja seperti Alex, Fayyum, Piramid, Sinai, Dahab, Matrouh dan Siwa.
Jika anda minat Sejarah Mesir (Firaun) pergilah ke kawasan Luxor, Aswan dan Abu Simbel. Di situ kawasan sejarah awal Firaun.
Matawang :
100 LE = RM 53
Mesin ATM HSBC ada dekat sana
Tempat Lawatan :
Di Mesir terlalu banyak kawasan menarik dan sejarah antaranya sejarah zaman nabi, Firaun dan makam para alim ulama. Antranya
1. KAHERAH
- Masjid Amru Al-Asr
- Makam Imam Syafie
- Giza Pyramid & Sphinx
- Kubu Salehuddin Al-Ayubi Di Cairo
- Muzium Tahrir
- Masjid Sultan Hassan &Rifa’e
- Khan Al-Khalili
- Masjid Al-Azhar Dan Masjid Hussin
- Asfour (Kilang Kristal)
2. ALEXENDRIA
- Perpustakaan
- Qaitbay
- Rom Teater
- Makam 12 Auliya
- Masjid Nabi Daniel
- Qaryah Asad
- Mumtazah
3. SINAI
- Kubu Salehuddin Al-Ayubi Di Taba
- Dahab
- Lembu Samiri
- Makam Nabi Harun & Nabi Salleh
- Bukit Tursina
- St-Khaterine
- 12 Mata Air
- Telaga Nabi Musa
- Hamam Firaun
- Panorama Kubu Israel
- Sharm El-Sheikh
4. ASWAN & LUXOR
- Empangan Mesir
- Botanic Island
- Abu Simbel
- Temple Of Karnak
- Temple Of Luxor
- West Bank
- Temple Of Queen Hatshepsut
- The Valley Of Queen
- The Valley Of King
5. HURGHADA
- Pantai
6. FAIYYOUM
- Tasik Qarun
- Istana Qarun
- Kincir Air
- Air Terjun
7. MATROUH & SIWA
- Pantai Agiba
- Pantai Cleopatra
8. DUMYAT (tempat kutip Kerang)
9. Dan Banyak lagi
Percaya atau tidak? Di tengah-tengah padang pasir ada tasik. Percaya atau tidak ? Anda kena percaya.
Di tengah padang Pasir anda akan jumpa tasik garam. Sangat jernih tapi airnya terlalu masin.
Mountain Of The Dead. Diceritakan bukit ini adalah tempat simpan mayat pada zaman Firaun so dalam bukit ni terdepat beribu mayat.
Kolam Cleoaptra adalah kolam air panas. Kami mandi dekat sini jam 7am. Keadaan sangat sejuk tapi air suam. Siapa singgah sini wajib cuba tapi hati-hati. Kedalaman kolam ini 7 meter.
BUKIT SINAI. Fuh! After 3 hours of hiking. Bukit Sinai atau dikenali Jabal Musa di mana turunnya wahyu kepada Nabi Musa (Kitab Taurat).
Di Bukit Sinai antara kawasan yang turun salji di bumi Mesir. Duduk atas ni memang sejuk dan angin kuat sangat.
D atas Bukit Sinai terdapat 2 tempat ibadat iaitu surau dan gereja. Depan saya ni adalah gereja dan tempat yang saya ambil gambar adalah surau.
Gunung yang tingginya kurang lebih 2.285 m di Kota Saint Katherine, di daerah Sinai. Disamping itu juga terdapat Mount St. Catherine (pada 2.629 m, puncak tertinggi di semenanjung Sinai). Dalam bahasa Arab disebut Jabal Tur dan memiliki arti yang sama. Dan Gunung Sinai disebutkan dalam Al-Quran “(QS. Al-TIN) sebagai istilah”Tur Sinin “
Saya hanya sempat pergi ke sebahagian Mesir sahaja.
1. Gaisha Tour (+201148338969)
2. Dafa Tour
3. Ampera Tour
4. Shaqr
5. Dan banyak lagi. Ini antara guide yang saya sempat survey sebelum saya pergi Mesir. Anda boleh cari tour guide dekat group “Pasar Mesir ”
Jika anda pergi dengan bas, syarikat akan bagi cukup satu bas baru boleh gerak.
Yang bestnya naik bas atau join dengan group lain, anda akan jumpa kawan baru. Kebanyakan daripada mereka adalah pelajar.
Jadi kaau pergi solo hati kena kering bila jumpa orang baru. Kena buat ramah baru anda rasa nikmatnya travel solo.
Dekat Mesir anda boleh guna segala student card yang anda ada. Janji ada nama, muka dan nama universiti.
Keselamatan
Alhamdulilah, tiada masalah cumanya anda perlu patuh segala arahan polis dan peraturan Mesir. Saya cadangkan lebih baik anda pergi dengan tour guide. Mereka lebih mahir selok belok polis di sana.
Kepada backpackers solo, saya suggest anda pergi waktu cuti semester. Bulan 6, 9, 12. Waktu tu banyak tour guide promosikan pakej mereka. jika bulan lain susah untuk bagi cukup satu bas (jimat).
Yang pergi solo anda tidak perlu risau sebab anda akan jumpa ramai pelajar Malaysia dekat sana. Masa saya pergi hari tu pun sorang-sorang dan kemudian dapat kawan baru dekat sana.
Cuaca
Bulan 12 , 1 dan 2 cuaca sejuk. Selain 3 bulan ni cuaca panas .
Budaya
Budaya bangsa Arab agak ganas dan kasar dari segi percakapan mereka tetapi ada juga yang ramah dan baik.
Bahasa Arab pasar merupakan bahasa perantaraan. Tidak ramai boleh berbahasa Inggeris.
Makanan
Di Mesir anda jangan risau. Makanan terlalu banyak, anda wajib cuba dan rasa. Jika anda tidak boleh makan makanan Arab, jangan risau. Makanan Melayu, Thailand, Filipina, Indonesia dan Cina semua ada tapi di kawasan Kaherah.
Harga makanan dekat sana sangat murah. Lagi-lagi kalau orang yang duduk oversea. Makanan Malaysia cukup susah nak jumpa. Di Mesir lah tempat mereka melepaskan rindu makanan Malaysia. Seperti saya, haha.
Kamera
Saya hanya Menggunakan Iphone5, SJCAM Dan Xioami cam
Saya nak kongsi itinerari, pakej dan bajet saya di Mesir
24Day 24 Night
Flight: Jordan – Egypt – Jordan (RM 1,100)
- Pakej 3 Hari: Sinai, Dahab, Sharm al-Syeikh – 300LE (RM 160)
Pakej termasuk : Pengangkutan, hotel, makan dan guide
Optional : Snorkeling (70LE) / Glass Boat (35LE) / ATV – 120LE - Pakej 3 Hari : Matrouh, Siwa – 320LE (RM170)
Pakej termasuk : Pengangkutan, hotel, makan dan guide
Optional : Off road jeep & Sandboarding – 200LE - Pakej 3 Hari : Fayyoum, Alex, Giza – 300LE (RM160)
Pakej termasuk : Pengangkutan dan guide
Optional: Tiket untuk masuk dalam temple / muzium - Pakej 6 Hari: Luxor, Abu Simbel, Aswan, Hurgada – 850LE (RM456)
Pakej termasuk : Pengangkutan, hotel, makan dan guide
Optional: Tiket untuk masuk dalam temple / muzium
Pakej dan harga terpulang kepada anda. Ikut nak pergi mana. Makin banyak kawasan anda pergi, semakin tinggi bajet anda.
Selebihnya saya pusing sendiri di sekitar Kaherah.
Ini bajet untuk memang betul-betul bajet. Sebab hotel yang disediakan tak nampak macam hotel dan tak nampak macam hostel tapi ikut kepada tempat juga. Makanan yang disediakan pun memang tak kenyang jadi kena beli sendiri sebagai top up baru kenyanng.
Tour guide yang saya guna Gaisha Tours, Dafa Tours dan KhairulTour. Jika anda ingin guide Melayu atau secara private tour
Wan AmerTour (+60134503170) Melayu
Gaisha Tour (+201148338969) Indonesia
Baca: Travel Hampir Setahun, 2 Gadis Berkongsi Kisah Suka Duka Pengembaraan Mereka
Welcome to DAHAB. Antara Aktivti yang anda boleh lakukan di Dahab adalah ATV (150LE) untuk 2 orang. Kalau seorang dalam (130LE).
Selepas Penat drive ATV, Kita layan dulu Syai (teh Arab) — with Loqman Ib in Egypt.
Kita akan menaiki jeep untuk main Snorkling jarak antara Hotel dan tempat Snorkling lbh kurang 7KM — with Loqman Ib in Egypt.
Sewa snorkeling (70LE)
Snorkeling di blue hol.
SHARM AL-SHEIKH. Taj mahal. Kami tak sempat pergi pantai Sharm al-Sheikh sebab waktu kami pergi ada sekatan polis so kami hanya sempat pergi Taj Mahal. Tempat ni lebih kurang macam muzium Firaun.
Sharm El-sheikh, Taj Mahal
ASWAN. Philae Temple, Aswan. Kata nama lain Kuil Philae terletak di pulau mungil di tengah Sungai Nil. Walaupn telah berusia hampir 5 ribu tahun, namun kuil yang pernah dijadikan sebagai tempat pemujaan Dewi Isis ini masih berada dalam keadaan yg kukuh.
Philae Temple. Meski telah berusia hampir lima ribu tahun, namun kuil yang pernah dijadikan sebagai tempat pemujaan Dewi Isis ini masih terlihat kukuh — in Egypt.
Setiap ukiran yang terdapat pada dindang ini membawa maksud kehidupan mereka. — in Egypt.
Kuil Kom Ombo — in Egypt.
Di ceritakan, dihujung sana terdapat pulau Firaun — in Egypt.
Abu Simbel. Atau Kuil Simbel adalah kuil termegah peninggalan Mesir Kuno di masa pemerintahan Firaun Ramses II. Dibangun dengan design yang istimewa. Membentang menembus “perut” bukit, di DAS Sungai Nil — in Syena, Aswan, Egypt.
Baca: Bagaimana Orang Mesir Membina ‘Mummy’
Colosso Memnon. Ini adalah patung yang menjaga kubur para Firaun. Mereka lebih kurang macam body guard.
LUXOR. Hatshepsut’s Temple. Ialah Kuil yang dibuat untuk menghormati seorang Firaun (Pharaoh) yang paling sukses yaitu Hatshepsut’s yang diyakini sebagai firaun kelima dari Dinasti Mesir Kuno kedelapan belas.
Dia umumnya dianggap oleh ahli Mesir Kuno sebagai salah satu firaun yang paling sukses. Berkuasa lebih lama dari dinasti Mesir.
FAYYOUM. Shalalat, satu-satunya air terjun di Mesir yang berada di tengah padang pasir. Diceritakan Allah memerintah Nabi Yusuf untuk pergi ke sebuah daerah [Al – fayyum] untuk menangani 7 tahun kekeringan yang akan melanda Mesir.
Lalu Nabi Yusuf menggali 3 selat. Akhirnya Fayyum menjadi daerah paling subur dan hijau. Nak tahu cerita lanjut kisah ni boleh baca terjemahan Suruh Yusuf — at Wadi El Rayan – Fayoum.
GIZA PIRAMID. Gizeh Pyramids (juga disebut sebagai Piramida Khufu dan Piramida Cheops) adalah situs tertua dan terbesar dari 3 piramida Giza Necropolis pada berbatasan dengan yang sekarang disebut El Giza, Mesir.
Situs ini adalah yang tertua dari 7 Keajaiban Dunia Kuno, dan tetap utuh sampai sekarang. Hal ini diyakini bahwa piramid ini dibangun sebagai makam Firaun dinasti ke 4.
Gizeh Pyramids terdiri dari lebih dari 2,3 juta blok batu kapur yang secara tradisional, orang Mesir kuno memotong blok batu tersebut dari tumbukan potongan kayu ke batu yang kemudian direndam dengan air.
Ketika air diserap, pada potongan-potongannya diperluas, menyebabkan batuan menjadi retak. Begitu mereka potong, mereka bawa dengan kapal melalui Sungai Nil menuju ke Pyramids.
Great Sphinx atau Sphinx Agung adalah salah satu fakta terbesar di dunia dengan patung-patung tertua berdiri kukuh , tapi dasar tentang itu, seperti yang model untuk wajah. Bila ia dibina, dan oleh siapa, masih diperdebatkan. Pertanyaan-pertanyaan ini telah menghasilkan gagasan popular dari ‘Riddle of Sphinx’.
Patung Sphinx. Berbentuk singa berkepala manusia, diyakini merupakan kepala Khufu. Memiliki panjang 3 meter dan tinggi 20 meter. Melambangkan watak gagah laksana singa dan kepribadian lembut laksana manusia.
Patung Nefertiti. Nefertiti (kecantikan telah datang) adalah Permaisuri Agung (atau isteri utama) dari Fir’aun / Pharaoh Amenhotep IV (yang kemudian bergelar Akhenaten). Dan merupakan ibu mertua dan mungkin ibu tiri dari Pharaoh Tutankhamun.
Ia juga kemungkinan memerintah kerajaan dalam waktu singkat dengan nama Neferneferuaten-Nefertiti (berarti, Aten memancarkan sinarnya karena kecantikan telah datang).
Hurgada. Pantai Hurgada , terletak berdekatan laut merah dan diceritakan juga Terumbu karang yang dianggap paling cantik di dunia.
Hurghada adalah kota di Mesir yang terletak di Laut Merah dan terkenal dengan pantainya yang indah dengan pasir putihnya. Hurghada juga menawarkan tempat-tempat wisata yang didukung fasilitas yang baik.
Di Hurghada terdapat banyak resort, hotel dan penginapan. Terumbu karang Pantai Hurghada dianggap yang paling indah di dunia. Hurghada juga menjadi pusat internasional olahraga air seperti selancar angin, berlayar, menyelam dan lainnya.
Semua dalam gambar adalah member baru. So jangan risau kalau pergi Mesir sorang-sorang dan paling penting bila travel solo ni, kena pandai-pandai la ramah. Baru anda merasa nikmat travel solo.
Baca lagi: Mahu Rakam Puncak Piramid Dengan Drone, Lelaki Malaysia Ini Ditahan Polis Mesir