Tipulah jika tiada yang terkesan berikutan penularan wabak COVID-19 ini. Bukan sahaja industri pelancongan, peniaga dan semua rakyat Malaysia terkesan sebenarnya.

Berikutan itu, kerajaan telah memberikan peruntukan untuk rakyat memohon Bantuan Prihatin Nasional. Tiada satu pun golongan terkecuali untuk daripada menerima bantuan tersebut.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Akan tetapi, apa yang kita sebagai rakyat boleh lakukan untuk membantu memulihkan kembali ekonomi negara kita selepas penularan wabak COVID-19 ini berakhir?

Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan dikongsi oleh seorang pengguna Twitter @muhdnaimmustafa. Ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

Menurutnya, kita perlu bangunkan ekonomi setempat dahulu seperti makan di gerai atau restoran di kawasan rumah. Berbelanja di kedai runcit kawasan rumah dan menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan di kawasan rumah anda.

Selain itu, anda haruslah memberi sokongan dengan membeli barangan dari penjaja tepi jalan di kawasan rumah. Lupakan niat bercuti ke luar negara ketika ini, anda haruslah bercuti dalam negara untuk membantu sektor perniagaan dan pelancongan di Malaysia.

Pastinya dengan kita melakukan perkara-perkara tersebut, ekonomi setempat akan berkitar. Mana tidaknya, apabila kita membeli barangan, pihak kedai akan restock barang dari pembekal dan pembekal akan menggunakan penghantar untuk hantar barang.

Apabila anda membantu untuk membangunkan ekonomi setempat, secara tidak langsung ia akan bawa kepada pembangunan ekonomi negeri dan juga negara. Jika kita tidak boleh memberi bantuan dan support yang banyak, dengan sedikit bantuan sedikit turut membantu.

Mesti anda tertanya-tanya apa yang akan berlaku jika tiada kitaran ekonomi berlaku, bukan? Andai perkara ini berlaku, kadar pengganguran akan makin meningkat kerana tiada permintaan disebabkan orang ramai kurang berbelanja.

Bantuan Prihatin Nasional sebenarnya diberikan oleh kerajaan agar rakyat kekal berbelanja untuk memastikan kitaran ekonomi masih berlaku. Walau bagaimanapun, berbelanjalah mengikut keperluan dan bukannya mengikut nafsu semata-mata.

Tahukah anda apa kesan jika wang ringgit dicetak tanpa kawalan kepada rakyat? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut. 

Ini Kesan Jika Kerajaan Gagal Kawal Pencetakan Wang Ringgit Yang Perlu Anda Tahu

Ini Cara Semak Dan Memohon Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Mulai 1 April

Netizen ‘Luah Perasaan’ Tentang Perniagaan Mereka Yang Terkesan Kerana COVID-19