Seorang wanita mendakwa dia ada menyimpang nombor telefon Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wanita itu mengamuk kepada penguatkuasa yang mahu merobohkan tokong di kawasannya.

Baca Juga:

Lebih mengejutkan apabila wanita itu mengancam akan menghubungi Perdana Menteri jika penguatkuasa tempatan tersebut berkeras mahu merobohkan tokong itu dengan jentolak.

Dia menahan jentolak dengan tangannya dan tidak mahu membenarkan tokong kecil itu dirobohkan. Wanita itu bertindak agresif dengan meminta surat notis yang menyatakan bahawa pihak PBT diarahkan untuk merobohkan tokong tersebut.

Tokong itu dipercayai didirikan di kawasan tanah milik kerajaan tempatan yang di bawah seliaan PBT. Namun wanita itu meminta setiap pihak bertindak mengikut undang undang.

Wanita itu berkata: “Jangan roboh, atau saya hubungi Perdana Menteri sekarang.”

Wanita itu menangis dan menyatakan bahawa dia meminta pegawai mengikut undang undang dengan mengemukakan surat arahan untuk merobohkan tokong tersebut.

Dia menambah: “Bagi saya telefon, saya mahu call Perdana Menteri.”

Dia kemudian menyatakan dia tidak menyalahkan penguatkuasa namun dia dia bengang dengan bekas ADUN di kawasan tersebut. Menurutnya YB tersebut harus menerima hakikat bahawa dia sudah kalah. Dan jangan menyusahkan orang lagi.

“Dia YB siapa? Dia sudah kalah lah, saya mahu call Anwar [Perdana Menteri],” tegas wanita itu lagi.

Rakaman video tersebut tular di media sosial. Netizen turut memberikan pujian kepada pegawai PBT yang kekal tenang mengendalikan kes itu.

@amerazmiagency

DIA NK CALL PERDANA MENTERI TERUS MAT 😅 #tiktokmalaysia #viralmalaysia #xhuong #politikmalaysia #pdrm #polis #mememalaysia #pakatanharapan #madani

♬ bunyi asal – ROADTAX&INSRNS MURAH – ROADTAX&INSRNS MURAH