Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memuji bait lirik lagu rap Aku Maafkan Kamu, nyanyian Malique dan Jamal Abdillah.

Sebahagian daripada lirik itu dipetik oleh seorang netizen selepas seorang pemuda bertanya dengan nada biadab sama ada Dr Zulkifli pernah menegur calon parti politik yang menunggang agama ketika berkempen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pemuda berkenaan turut menyamakan Dr Zul dengan lapik kaki sekiranya tidak berbuat demikian. Dr Zul bagaimanapun tenang dan sabar menjawab tohmahan tersebut.

“Saya yakin saudara kurang baca tulisan saya. Setiap hari saya muat naik nasihat/teguran di Telegram, Facebook & Instagram saya untuk semua parti dan calon. Gerakkan jari dan baca.

“Panggil ‘lapik kaki’ bukan satu pendekatan baik untuk tegur. Kita tegur untuk orang ikut kita, bukan jauh dari kita,” tulis Dr Zul.

Kemudian hadir seorang pemuda bernama Syafik menulis bait lirik daripada lagu Aku Maafkan Kamu. Bait lirik itu sangat sesuai dengan apa situasi yang sedang berlaku – “Kepada Dr Zul, maafkan mereka mereka tidak tahu. Mereka tidak ramas buku mereka segan ilmu. Mereka tidak fasih malah fasik guna kata.”

“Bagus lirik lagu Malique ini,” balas Dr Zul ringkas terhadap komen tersebut. Sejurus tweet tersebut ditulis, warganet ada meminta Dr Zul berkolaborasi dengan Malique namun Dr Zul menolak kemungkinan tersebut. “Nanti jadi nasyid,” jawabnya ringkas.

Dalam isu ini, rata-rata warganet berkata jika mahu bertanya soalan atau membuat teguran, jadilah seperti Malique yang menggunakan bahasa teratur dan sopan dalam setiap karyanya.

Begitu juga contohi peribadi Dr Zul yang kekal tenang menjawab setiap soalan walaupun dihambur dengan perkataan yang tidak baik di media sosial. Buang yang keruh, ambil yang jernih.