Kewujudan platform media sosial seperti TikTok secara khususnya telah menjadikan ramai orang menjadi lebih kreatif dalam mendapatkan views. Bagaimanapun, sebahagian daripadanya memilih untuk membuat konten berunsurkan ekstrem.

Menerusi laporan terkini, sekurang-kurangnya empat maut di Alabama, Amerika Syarikat selepas menyertai satu cabaran baharu TikTok yang merbahaya.

Baca Juga:

@thatssoterry

TikTok Trend #boat #jump #boattrend #kevinhart #greenscreen

♬ original sound – LA J

Cabaran TikTok ini dinamakan sebagai Boat Jumping Challenge yang mana memerlukan orang ramai melompat dari belakang bot berkelajuan tinggi dengan menggunakan kaki dahulu.

Ada yang melompat ke laut atau tasik, manakala yang lain melakukan aksi backflip. Skuad Penyelamat Childersburg di Alabama, Kapten Jim Dennis mengesahkan kematian serta-merta empat mangsa yang terbabit selepas mereka mengalami patah leher.

Sumber Gambar: MS NEWS

“(Dalam) enam bulan lalu, kami menerima empat kes lemas yang sepatutnya boleh dielakkan kerana mereka melakukan itu akibat pengaruh cabaran TikTok.

“Dalam kes itu empat mangsa ini melompat dari bot menyebabkan mereka patah leher dan kematian serta-merta.

“Saya rasa orang ramai lebih cenderung melakukan sesuatu yang bodoh kerana mereka mahu menunjuk-nunjuk di hadapan rakan mereka untuk dimuat turun dalam media sosial,” katanya kepada agensi berita di bawah ABC News, WPDE-TV.

Dennis berkata, insiden serupa berlaku terhadap seorang lelaki yang mempunyai isteri dan tiga anak yang mana menemui ajal pada Februari lalu.

Katanya, ketika kejadian, isteri sedang merakam lelaki itu meluncurkan dirinya dari belakang bot. WPDE-TV melaporkan, insiden terbaharu berlaku pada Mei lalu turut membabitkan seorang lelaki pertengahan umur.

Dua lagi yang meninggal dunia ketika melakukan cabaran TikTok juga adalah lelaki, lapor agensi itu. Beliau juga meminta orang ramai untuk tidak melakukan trend tersebut serta jika berhadapan situasi cemas pula minta bantuan penyelamat dan kekal di lokasi kejadian.

Sumber