Bila sebut nama Space U8, pasti ramai terbayangkan sebuah pusat komersial yang lenggang kerana jauh dari kawasan orang ramai. Namun ia menjadi lokasi pilihan bagi sesetengah ‘kaki wayang’.

Dalam perkongsian terbaharu TikTok @official_spaceu8, pusat komersial itu sedang mengubah kawasan lapang di tengah-tengah menjadi gelanggang futsal.

Baca Juga:

Dalam video berkenaan, kelihatan tiada lagi air pancut yang cukup ikonik dan sinonim dengan Space U8. Kerja-kerja pengubahsuaian juga sedang rancak dibangunkan.

@official_spaceu8

Hi 🙂 “Are you ready? “Stay tuned for an exciting update from Space U8! You won’t want to miss it! 🌟 #spaceu8 #spaceu8bukitjelutong #excitingnews #surprise #sportevents #comingsoon #lockthedate

♬ original sound – Spaceu8 Eco Mall – Spaceu8 Eco Mall

Hantaran video pendek itu meraih sambutan baik daripada netizen. Ramai gembira dengan ‘comeback‘ itu.

Ada warganet meminta Space U8 dapat membuka beberapa gelanggang untuk permainan sukan lain seperti bola tampar dan skateboard.

Sumber Gambar: TikTok @official_spaceu8
Sumber Gambar: TikTok @official_spaceu8
Sumber Gambar: TikTok @official_spaceu8

Dalam pada itu, ada warganet menyarankan Space U8 untuk membuat marketing yang agresif di media sosial supaya lebih ramai tahu ‘kewujudan’ pusat komersial tersebut.

Dengan adanya gelanggang futsal tidak lama lagi, pasti pusat komersial itu akan meriah dengan kehadiran pengunjung pada waktu siang dan malam.

Sekaligus dapat membantu merancakkan lagi ekonomi para peniaga yang ada di situ.