Setelah berkongsi beberapa gambar dan video teaser sejak beberapa bulan lalu, akhirnya Honda mengumumkan tarikh pelancaran global model sportcar mereka yang menjadi rebutan dunia, Civic Type R 2023 akan dilancarkan pada minggu hadapan, 21 Julai nanti.
Bagaimanapun seorang ahli forum laman Civic11Forum, Palmer8 secara tidak sengaja terjumpa satu gambar rasmi model baharu itu di laman web muzium Honda Plaza Aoyama, tanpa sebarang ‘sticker camouflage‘. Namun ianya sudah dipadam oleh pihak berkenaan.
Daripada gambar yang tertiris itu, Honda Civic Type R 2023 yang bakal dilancarkan nanti mempunyai warna putih ‘NH-0 Championship White’, kemasan interior berwarna merah dan hitam, brek kaliper berwarna merah (berkemungkinan jenama Brembo) dan rekaan berasaskan model Civic generasi ke-11 versi hatchback.
Pihak Honda masih tidak berkongsi gambaran spesifikasi model sportcar baharunya, bagaimanapun dalam satu video catatan masa dibuat, Civic Type R 2023 mampu mengelilingi Litar Suzuka sepantas 2 minit 23.120 saat sahaja.
Untuk makluman, Honda Civic Type R (FK8) pernah mendapat 60 tempahan awal yang dibuka untuk pasaran Malaysia pada Oktober 2017 lalu dengan harga bermula RM320,000, tidak termasuk kos-kos lain.
* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.
Baca lagi artikel-artikel berkaitan Honda Civic Type R yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalu pautan di bawah.
Honda Civic Type R Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga Pasaran RM320 Ribu
Lihat Honda Civic Type R 2020 Edisi Terhad Dengan Kemas Kini Yang Lebih Memukau