Sebelum ini, rancangan All Together Now Malaysia telah menjadi buah mulut netizen kerana menampilkan 50 orang juri dan didakwa tidak memakai pelitup muka oleh netizen.
Oleh itu, pihak penerbitan rancangan tersebut telah memutuskan untuk menghentikan sementara program terbabit sehingga siasatan berkaitan dakwaan berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) selesai.
Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad rakaman program itu dibuat pada Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.
Malah, para krew penerbitan sudah menjalankan ujian calitan COVID-19 ke atas semua yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula dan hanya mereka yang berstatus negatif sahaja dibenar meneruskan rakaman.
Tambahnya, set yang dibina mengambil kira penjarakan fizikal dan berjarak 1.5 meter antara setiap juri di samping penghadang lutsinar turut diletakkan bagi memisahkan mereka serta rakaman program terbabit juga turut dihadiri wakil agensi-agensi keselamatan.
Untuk pengetahuan anda, program hiburan ini baru sahaja menayangkan episod pertama pada hari Ahad yang lalu dan menggunakan khidmat 50 orang juri berbanding 100 orang dalam format asal.
Bagi anda yang terlepas berita berkaitan isu ini, klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Didakwa Tidak Ikut SOP, Netizen Kurang Senang Dengan Program Hiburan Libatkan 50 Juri
Peminat Sebak Dan Sedih Tonton Sedutan Episod Terakhir Lee Kwang Soo Dalam Running Man
Didakwa ‘Menghina’ Blackpink Dan Seksualkan Wanita, Peminat Tuntut Namewee Minta Maaf