Lembaga Tabung Haji (TH) kini memaklumkan bahawa kerajaan Arab Saudi telah menguatkuasakan penggunaan aplikasi Saudi Visa Bio bagi tujuan permohonan bakal haji tahun ini.

Susulan itu, semua bakal haji digesa untuk memuat turun aplikasi Saudi Visa Bio pada telefon pintar masing-masing menerusi Google Play Store atau App Store.

Baca Juga:

Sumber Gambar: App Store

Menerusi aplikasi tersebut, ia bakal merangkumi beberapa proses termasuklah melengkapkan e-mel, memuat naik imbasan muka surat butiran peribadi dalam pasport Malaysia, imbasan muka dan imbasan biometrik.

Selepas itu, bakal haji akan menerima e-mel pengesahan pendaftaran daripada Kementerian Luar Arab Saudi apabila maklumat peribadi berjaya dimuat naik ke dalam aplikasi Saudi Visa Bio.

Setelah menerima pengesahan, bakal haji diminta untuk menyerahkan pasport kepada pihak TH bagi tujuan memproses visa bakal haji.

Untuk maklumat lanjut berkenaan penggunaan aplikasi Saudi Visa Bio, boleh layari portal rasmi Tabung Haji dengan klik di sini atau media sosial rasmi mereka.

Sumber