Jika anda gemar berkongsi berbagai jenis gosip, hal peribadi dan berita bersifat fitnah, mungkin sudah tiba masanya anda berfikir sejenak sebelum tekan butang share di akaun Facebook anda.

Apatah lagi jika di waktu ini anda sedang memburu kerja, sewajarnya imej anda di media sosial kelihatan lebih bersih dan intelektual.

Berdasarkan satu kajian, Kaunselor Kanan Kaunselor Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Saiful Redza Mohamed, berkata beberapa majikan akan menyemak akaun Facebook calon pekerja sebelum membuat tawaran pekerjaan.

Jika anda tidak memiliki Facebook, mereka akan menganggap anda sebagai seorang anti-sosial.

“Jika gambar profil bukan gambar diri sendiri, mereka akan menganggap anda sebagai seorang yang kurang berkeyakinan”, jelas Saiful seperti dipetik daripada portal IIUM Today.

Menurut Saiful, ia adalah satu prosedur bagi syarikat-syarikat tertentu untuk menilai bakal pekerja mereka melalui media sosial.

Mereka akan menilai tingkah laku anda dan cara anda berfikir melalui apa yang telah dikongsikan di media sosial.

Baca: 20 Tip Menulis Status Dan Bersosial Di Media Sosial

media-sosial-1

Beliau berkata para pelajar kini perlu lebih bijak dalam mengendalikan akaun sosial masing-masing.

Tambah Saiful, pelajar sudah sepatutnya mula berkongsi informasi ataupun kajian berkenaan kerjaya serta industri impian di akaun media sosial mereka.

Ini kerana perbuatan ini akan meningkatkan lagi keyakinan majikan untuk memilih mereka sebagai sebahagian daripada majikan tersebut.

Saiful juga menegaskan bahawa sesebuah syarikat juga akan mengelak daripada melantik orang-orang yang terlalu aktif di media sosial. Amat penting untuk menjaga nama baik syarikat serta memastikan rahsia syarikat dilindungi.

Ingatlah, media sosial juga boleh menjadi cerminan siapakah diri anda. Jika bukan 100%, sekurang-kurangnya 50% adalah gambaran diri anda daripada kacamata bakal majikan.

Baca: 5 Jenis Perspektif Di Media Sosial Yang Dimiliki Rakyat Malaysia

Sumber