Autisme dikategorikan sebagai satu gangguan di mana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi.Selain kesukaran berkomunikasi, kanak-kanak autisme kebiasaannya mempunyai tingkah laku berulang-ulang serta obsesi melampau terhadap sesuatu objek yang berputar.
Iris Grace berusia 5 tahun dari United Kingdom merupakan salah satu contoh anugerah bakat yang diberikan Allah di sebalik autisme yang dimiliki. Kelebihan memberikan fokus dan tumpuan secara terperinci membolehkan Iris menghasilkan lukisan mengagumkan.
Menurut ibu Iris, Arabella Carter-Johnson, mereka menyedari bakat Iris apabila mula menggalakkan Iris melukis bagi membantunya dengan terapi pertuturan. Menurutnya, Iris mampu fokus selama lebih kurang 2 jam setiap kali melukis.
Iris juga mempunyai kucing yang diberi nama sebagai Thula sebagai teman setianya. Iris sudah mula lebih banyak bercakap dengan Thula dan boleh menuturkan perkataan seperti ‘sit cat’.
Mari kita lihat gambar-gambar aktiviti Iris dan lukisannya. Gambar #7 membuatkan kami kagum dengan anugerah yang Allah berikan kepada si kecil ini. Percaya atau tidak dalam setiap diri kita, banyak anugerah yang Allah telah berikan, semuanya bergantung kepada cara kita melihatnya.
Ikuti lagi cerita Iris melalui Facebook, WordPress.
#1 : Iris sedang bersiap-siap untuk aktiviti melukis
#2 : Thula sentiasa setia menemani Iris
#3 : Lihat bagaimana warna-warna ini berinteraksi
#4 : Antara hasil lukisan Iris
#5 : Aktiviti lain selain melukis
#6 : Hasil lukisan Iris turut dijual di internet
#7 : Adakah anda nampak apa yang Thula nampak ?
Like dan Share The Vocket di Facebook, klik sini!
Sumber : BoredPanda, BoredPanda