Senarai 30 pemain yang tercalon bagi anugerah berprestij iaitu Ballon d’Or 2025 telah dikeluarkan baru-baru ini.

Lazimnya apabila musim sudah berakhir, pemain yang menampilkan prestasi cemerlang akan dipilih sebagai pemain terbaik.

Baca Juga:

Senarai 30 Pemain Untuk Ballon d’Or 2025

Ballon d'Or 2025
Ballon d’Or

Pemain seperti Mohamed Salah, Vinicius Junior, Lamine Yamal, Harry Kane, Ousmane Dembele dan Cole Palmer menepati ramalan apabila berada dalam senarai kali ini.

Turut tersenarai bekas pemain Manchester United, Scott McTominay yang cemerlang membantu Napoli menjuarai Serie A musim lalu.

Bintang PSG, Giandluigi Donnarumma dan Aston Villa, Emiliano Martinez menjadi merupakan dua penjaga gol dalam senarai yang dikeluarkan.

Ballon d'Or 2025
Sumber Gambar: AFP

Dua nama besar yang juga bekas pemenang sebelum ini iaitu Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sekali lagi tidak tersenarai.

Pada edisi lalu, Rodri menjadi pemenang dengan menewaskan Vinicius Jr dan Jude Bellingham.