Teka teki siapa pemenang Ballon d’Or 2025 terjawab apabila bintang PSG, Ousmane Dembele dinobat sebagai pemenang.
Dembele menewaskan seorang lagi pemain yang dianggap calon pilihan iaitu Lamine Yamal.
OUSMANE YOU DID IT! #ballondor pic.twitter.com/0eiclvXuXN
— Ballon d'Or (@ballondor) September 22, 2025
Lamine Yamal sebelum itu mempertahankan trofi Kopa yang dimilikinya tahun lalu – penghargaan untuk pemain terbaik B-21.
Vitinha berada di tempat ketiga, sementara Mohamed Salah dan Raphinha, masing masing di kedudukan ke-4 dan ke-4.
🚨 𝐎𝐅𝐅𝐈𝐂𝐈𝐀𝐋: 𝐁𝐚𝐥𝐥𝐨𝐧 𝐝’𝐎𝐫 𝐭𝐨𝐩 𝟏𝟎! 🌕✨
Do you agree or would make any changes? 🗳️ pic.twitter.com/TBTpWtLWDG
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 22, 2025
Musim lalu Dembele menyumbang kepada 51 gol dan assist untuk membantu PSG menamatkan musim sebagai juara treble – menjulang UCL, Ligue 1 dan Piala Perancis.
Dembele sebelum tiba di PSG memiliki reputasi sebagai pemain yang rapuh kerana kecederaan yang kerap.
Tiba di PSG dia berjaya memperbaiki aspek kecergasannya.
Dalam ucapannya, Dembele mengucapkan terima kasih kepada semua kelab yang pernah diwakilinya.
Dia turut memberikan penghargaan kepada Luis Enrique dan Nasser Al Khelaifi yang dianggap seperti ayahnya sendiri.
Tak lupa juga, Dembele memberikan terima kasih kepada Messi dan Iniesta yang banyak memberikan tunjuk ajar kepadanya ketika di Barcelona.
https://twittter.com/JacobsBen/status/1970236342467477631