Ibu Ousmane Dembele, Fatimata Dembele memanjatkan kesyukurannya di atas kejayaan dan rezeki anaknya.
Ini kerana menurutnya, kejayaan Dembele dan kontrak lumayan Dembele dalam arena bola sepak telah membolehkannya merasai memandu kereta yang cantik, serta membantu mereka yang memerlukan.
Fatimata Dembele sebelum ini pernah membina sebuah masjid selepas kejayaan anaknya memenangi Piala Dunia 2018 bersama Perancis. Daripada wang bonus itu, dia menambahkan lagi dana yang dia sudah simpan untuk tujuan itu.
Dia dan Dembele bersama sama membina masjid tersebut tanda kesyukuran mereka dan pada masa yang sama untuk membolehkan masyarakat di situ menunaikan ibadat dan aktiviti keagamaan dengan lebih selesa.
❤️🤲 Ousmane Dembélé built a masjid in his mother's hometown, with the prize money he got from winning the 2018 World Cup
It was narrated from Jabir bin 'Abdullah that The Messenger of Allah ﷺ said: "Whoever builds a mosque for the sake of Allah, like a sparrow's nest for Allah… pic.twitter.com/7KTPjKf56X
— Faithfull Ballers (@FaithfullBaller) July 1, 2024
Hasilnya, dia berjaya membina sebuah masjid di tempat asal kelahirannya.
Kini Dembele menjadi pemain bola sepak terbaik dunia. Ibunya menyatakan bahawa, Dembele adalah anak luar biasa yang memang sangat gilakan bola sepak.
Fatimata sebelum ini tidak dikenali ramai, kerana sikapnya yang tidak sukakan perhatian dan tidak mahu menunggang populariti anaknya.
Dia berkata: “Saya bukanlah seorang yang suka menunjuk-nunjuk, saya lebih suka berdiam diri.
“Apabila saya pergi tengok anak saya di stadium, saya boleh berada di tengah-tengah orang ramai tanpa ada siapa tahu saya ni ibu kepada Ousmane. Saya tak biarkan semua itu buat saya hanyut.
“Sejak kecil lagi, bola sepak memang satu-satunya benda dalam fikirannya.
La mama. Y’a que ça qui compte. 🥹❤️ #BallonDor
— Actu Foot (@ActuFoot_) September 22, 2025
“Ousmane memang tak suka sekolah. Dia ikut kelas biasa, tapi apa yang dia paling suka ialah bermain bola. Dia sentiasa bersama bolanya, kadang-kadang bila saya suruh dia pergi pasar raya, kami tolak troli pun, dia tetap bawa bolanya.”
Seterusnya Fatimata menceritakan bahawa Dembele telah membantu menyenangkan dia dan mereka sekeluarga.
“Kalau hari ini saya ada kereta yang elok, ia adalah hasil daripada pendapatannya. Kalau kami dapat bantu orang lain yang susah, ia juga hasil daripada pendapatannya.
“Saya dulu kerja keras untuk bayarkan sekolahnya, latihannya, bola sepaknya, saya bagi segalanya tanpa fikir diri saya sendiri, 200%, dan hari ini Ousmane buat benda yang sama untuk ibunya.
“Dia jaga saya sebagaimana saya dulu jaga ibu bapa saya. Hidup saya memang berubah, tapi saya tak hidup bermewah-mewah. Kami kekal orang yang sederhana.
🚨 𝗙𝗔𝗧𝗜𝗠𝗔𝗧𝗔 𝗗𝗘𝗠𝗕𝗘́𝗟𝗘́, 𝗟𝗔 𝗠𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗗’𝗢𝗨𝗦𝗠𝗔𝗡𝗘, 𝗣𝗥𝗘𝗡𝗗 𝗟𝗔 𝗣𝗔𝗥𝗢𝗟𝗘 𝗔𝗣𝗥𝗘̀𝗦 𝗟𝗘 𝗕𝗔𝗟𝗟𝗢𝗡 𝗗’𝗢𝗥 𝗗𝗘 𝗦𝗢𝗡 𝗙𝗜𝗟𝗦 ! 🌕🥹
« Je ne suis pas quelqu’un qui me montre, je préfère rester discrète. Quand je vais voir mon fils au stade, je… pic.twitter.com/47IOV1sXPp
— Actu Foot (@ActuFoot_) September 23, 2025
“Sekarang, Ballon d’Or itu memang lain. Bahkan semasa mudanya dulu, kami ada cakap tentang Barcelona, tentang impiannya, namun Ballon d’Or, kami tak pernah terfikir sampai ke tahap itu.
“Bayangkan hari ini dunia mengiktiraf anak saya pemain terbaik dunia, dan saya berani berikan jaminan, saya sebenarnya tak terkejut – kerana bagi saya anak saya memang yang terbaik sejak dulu.”