Pemenang Ballon d’Or 5 kali, Cristiano Ronaldo percaya pemenang anugerah itu haruslah daripada kalangan pemain yang menjuarai UCL atau Liga Juara Juara Eropah.
Ronaldo menegaskan bahawa, Ballon d’Or semakin hilang prestij dan nilainya sejak akhir akhir ini kerana pemilihan pemenang yang dianggap kontroversi.

Oleh sebab itu beliau bersuara tentang pandangannya berkenaan anugerah yang dianggap pengiktirafan individu tertinggi dalam bola sepak itu.
Tahun lalu, Ronaldo mempersoalkan kenapa Vinicius Jr tidak memenangi anugerah tersebut, dan percaya anugerah Globe Soccer Award adalah lebih bagus daripada Ballon d’Or.

Beberapa nama sudah pun mulai dicanang bakal menjadi pemenang Ballon d’Or yang akan datang.
Cristiano Ronaldo percaya Ballon d’Or hanya berhak dimenangi juara UCL
Namun Ronaldo percaya bahawa pemenang UCL adalah paling berhak memenangi anugerah itu.
Dia berkata: “Pada pandangan saya, tidak kiralah siapa sahaja yang akan memenangi Ballon d’Or, mereka harus daripada kalangan pemain yang memenangi Liga Juara Juara Eropah.
“Saya rasa anugerah ini sudah hilang nilainya,” tambah Ronaldo lagi.
🗣️ Cristiano Ronaldo: “For me, whoever wins the Ballon d'Or must be a player who has won the Champions League. I think this award has lost its value.” pic.twitter.com/sXAACLrSB1
— Madrid Zone (@theMadridZone) June 7, 2025
Mbappe sokong Dembele
Sebelum itu, seorang lagi bintang terkenal, Kylian Mbappe percaya bahawa Ousmane Dembele dan Lamine Yamal akan bersaing untuk anugerah tersebut. Namun Mbappe menegaskan bahawa Dembele adalah lebih layak berbanding Lamine Yamal.
“Saya akan berikan Ballon d’Or kepada Ousmane Dembele. Adakah saya akan mengundi untuk Dembele? Ya!
“Adakah saya perlu menjelaskan lebih lanjut? Jika kita berbincang tentang Yamal atau Dembele, saya akan pilih Dembele.
“Undian saya sangat jelas,” tegas Mbappe.
Adakah anda setuju dengan pendapat Cristiano Ronaldo? Pemenang UCL adalah syarat utama untuk membolehkan seseorang pemain itu berhak memenangi Ballon d’Or?