Berita baik buat gamers dan peminat Gundam. Bandai Namco merancang untuk membuka pejabat terbaru mereka di Kuala Lumpur! Wakil Bandai Namco mengumumkan perkara ini di Casual Connect Asia semalam dan dikatakan pejabat mereka itu akan beroperasi akhir tahun ini.

bandai-namco

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum ini segala operasi Asia Tenggara dibuat di hub mereka di Singapura. Masih tiada info berkenaan operasi syarikat ini untuk cawangan mereka di Kuala Lumpur.

“Malaysia menjadi salah satu market terbesar kami di Asia Tenggara dan dengan terbinanya pejabat baru kami di sini, kami dapat meningkatkan sokongan kepada pasaran tempatan, memberi lebih content dan membawa gaming experience yang lebih baik kepada gamers di Malaysia,’ kata Gerard Noonan, pengarah urusan Bandai Namco Games.

Pac Man Dark Souls, Tekken dan Super Mario Bros adalah antara judul permainan video terkenal yang dihasilkan oleh Bandai Namco. Mungkinkah akan ada Tekken tournament skala besar akan berlangsung di Kuala Lumpur nanti? Segalanya mungkin. Tak sabarnya. Kalau anda ada perancangan nak tukar tempat kerja, inilah masanya. Manalah tahu Bandai Namco mencari gamers sepenuh masa nanti.