Jika wang bukan satu masalah, apa benda yang anda akan letak di dalam rumah anda?
Baru-baru ini tular satu klip video sebuah kereta klasik diangkat masuk ke dalam sebuah bangunan dipercayai rumah jenis penthouse.
Baca Juga:
- Malaysia Negara Asia Pertama Pamer Replika Lego Ferrari F50

- Ferrari Kalah Kes Mahkamah Kepada Syarikat Minuman Tenaga Di Malaysia

- Ferrari Terbakar Langgar Penghadang, Pemandu Singapura Didenda

Kereta tersebut diangkat menggunakan kren, kemudian para pekerja ‘menyambutnya’ di bahagian atas bangunan.
Video yang dimuat naik Threads @vcyj_iitdf meraih pelbagai komen daripada warganet.
Rata-rata ramai netizen menyamakan situasi itu sama seperti salah satu babak dalam filem ‘Tower Heist’. Di mana kereta mewah diletakkan di dalam sebuah rumah penthouse.
Difahamkan kereta merah tersebut merupakan model kereta klasik Ferrari 308 GT4.