Tidak kira di mana acara dianjurkan, kebanyakkan pemilik-pemilik motosikal Yamaha RX-Z sangguh meredah lebuh raya untuk sampai ke lokasi.
Pada 6 dan 7 Disember baru-baru ini, telah berlangsungnya acara Ride Edition RXZ Members Melaka Chapter 2024 yang bertempat di Dataran MITC.
Baca Juga:
- ‘Tiada Kena Mengena Dengan Politik Atau Arahan Atasan’- Polis Nafi Sabotaj Himpunan RXZ Members
- Sanggup Redah ‘Divider’ Lebuh Raya, Tindakan Peserta RXZ Members Elak Roadblock Jadi Perhatian Netizen
- Polis Banyakkan Sekatan Jalan Raya Sepanjang RX-Z Members 6.0
Menerusi hantaran Facebook Ketua Menteri Melaka (Chief Minister of Melaka/CM), Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyatakan lebih 50,000 peminat permotoran tempatan membanjiri acara tersebut.
@ab.raufyusoh Lebih 50,000 peminat permotoran tempatan sempena Majlis Perasmian Penutup RXZ Members Ride Edition 2.0 2024 di MITC, Ayer Keroh. Saya umumkan yang perhimpunan RXZ Members di Melaka akan diteruskan lagi pada tahun 2025 dan tahun 2026. Kepada yang pulang ke rumah masing masing, hati hati ketika ride dan semoga selamat sampai. Jumpa lagi tahun hadapan. #MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia #BijakLaksanaTuah #BeraniLaksanaJebat #ManaLagiMelakaLer
Orang ramai berasa gembira dengan pendekatan CM Melaka yang menyantuni dan meraikan para peserta yang datang dari pelbagai pelusuk negeri.
Pada masa sama netizen turut memuji pihak berkuasa yang tidak ‘mengacau’ para peserta sepanjang acara berlangsung, tidak seperti yang pernah berlaku di negeri lain.
Sementara para peserta pula mengucapkan terima kasih kepada CM kerana meraikan kehadiran mereka yang datang daripada jauh dengan penuh meriah sekali.
Ramai berharap acara tersebut akan dibuat lagi pada masa akan datang. Ia bukan sahaja meraikan peminat sukan permotoran, pada masa sama turut menaikkan ekonomi tempatan di Melaka.


Difahamkan acara perhimpunan RX-Z akan diteruskan lagi selama dua tahun lagi.
“Saya umumkan yang perhimpunan RXZ Members di Melaka akan diteruskan lagi pada tahun 2025 dan tahun 2026.
“Kepada yang pulang ke rumah masing masing, hati-hati ketika ride dan semoga selamat sampai. Jumpa lagi tahun hadapan,” ujar CM Melaka itu.
Sebelum acara itu menutup tirai, tiga orang berjaya membawa pulang hadiah lucky draw. Pemenang dari Rawang, Selangor membawa pulang Proton X50, pemenang dari Melaka membawa pulang Yamaha RXZ Mili dan pemenang dari Terengganu membawa pulang Yamaha Y15.