Jika pada awal minggu ini instafamous dan juga usahawan Hafiz Mahamad menjadi buah mulut netizen berikutan video merentas negeri melibatkan pihak penguasa yang menyekat jalan raya, kini beliau sekali lagi tampil dengan video terbaru menerusi pemberian bonus raya buat para pekerjanya.
Menerusi video yang dikongsikan di Facebook dan Instagram beliau, Hafiz Mahamad berjaya melakukan surprise buat para pekerjanya dengan memberikan bonus sebulan gaji membuatkan para pekerjanya sebak dan terharu.
Apa yang menjadi isu serta buah mulut netizen dalam video tersebut adalah SOP dalam membendung penularan COVID-19 yang tidak dipatuh di mana para pekerja beserta majikan saling berpelukan. Berikut antara komen netizen menerusi video yang dimuat naik.
Nak gambarkan keprihatinan dia sbg boss pada pekerja, tapi hakikatnya tak cakna ttg bahaya covid dan pematuhan SOP. Mereka tahu bahayanya covid tapi mereka abaikan sbb taksub dgn arahan boss yg suruh peluk2 each other.
Duit bonus sebulan gelapkan minda mereka?
— CatsForPalestine (@KlutzyKucing) May 6, 2021
Meskipun niat usahawan ini baik dalam memberikan bonus buat para pekerja iaitu sebanyak sekali atau dua kali setahun, mengabaikan SOP mencegah wabak COVID-19 sememangnya perlu dipandang serius melihatkan kepada kes COVID-19 yang masih tinggi dalam negara.
Untuk pengetahuan, instafamous Hafiz Mahamad sebelum ini telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana gagal memakai pelitup muka sewaktu menghasilkan konten bersama pihak penguasa.
Tular pada minggu ini apabila pelawak Lan Pet Pet dikatakan sekali lagi terlibat dengan pergaduhan di mana beliau telah merangkul leher dan memukul seorang penghantar makanan.
Rangkul Leher Dan Pukul Penghantar Makanan, Lan Pet Pet Sekali Lagi Terlibat Dengan Pergaduhan
Influencer Kembali Jadi Buah Mulut Netizen, Kali Ini Kerana Konten ‘Alasan Rentas Negeri’
Mahu Utamakan Golongan ‘Kayangan’, Wanita Ini Maut Selepas Tangki Oksigen Dirampas Polis