Terletak di pulau Rügen berdekatan Binz, kawasan ini dipanggil oleh Nazi sebagai Prora. Ia adalah sebahagian daripada perancangan Hitler untuk menambat hati penyokongnya melalui program ‘Strength Through Joy’.

Pembinaannya sepanjang 3 batu (bersamaan 4.8km) telah bermula 3 tahun sebelum Jerman menguasai Poland pada 1939. Ia dirancang dapat menampung lebih 20,000 orang dalam satu masa untuk pekerja Jerman dan Gestapo, polis rahsia Jerman.

Sumber: www.linkedin.com
Sumber: www.linkedin.com
Sumber: www.welt.de
Sumber: www.welt.de
Illustrasi bahagian yang tidak sempat dibina
Illustrasi bahagian yang tidak sempat dibina
Illustrasi dataran kompleks Prora
Illustrasi dataran kompleks Prora

Prora ini akan mempunyai 8 blok perumahan, teater, panggung wayang, kolam renang dan dewan festival. Ia akan digunakan untuk melatih dan indoktrinasi rakyat Jerman. Seramai 500-600 buruh diarahkan membina kompleks tersebut.

Sumber: cargocollective.com
Sumber: cargocollective.com

Namun begitu, perancangan ini gagal apabila Perang Dunia Ke-2 bermula sehingga terpaksa memberhentikan pembinaannya pada tahun 1943. Ia telah bertukar menjadi berek rahsia ketenteraan Red Army, kemudian di bawah pemerintah komunis Jerman Timur.

prora-03

prora-02

Setelah berpuluh-puluh tahun berlalu, sebuah syarikat hartanah Jerman bernama Metropole Marketing telah memiliki hak untuk membangunkan semula Prora sebagai kediaman mewah musim panas dan kompleks apartment pada tahun 2013.

prora-solitaire-2

prora-solitaire-1

Pembinaan semula ini melibatkan 8 blok struktur bangunan yang akan dipisahkan kepada dua bahagian iaitu Prora Solitaire Home dan Prora Solitaire Hotel Apartments and Spa yang dijangka siap sepenuhnya pada 2022.

prora

prora-home

prora-solitaire-avella-sky-suite-dg

prora-solitaire-avella-sky-suite

prora-s-1

Walaupun begitu, 95% unit apartment di Prora Solitaire telah dijual dengan harga antara €350,000 (RM1,621,618.96) untuk 100 meter persegi tingkat paling bawah dan €650,000 (RM3,011,578.07) untuk penthouse menghadap laut.